Tuesday, January 31, 2012

Ke Mana Hala Tujuku

Di keheningan malam ini
air mata deras membasahi pipi
tidak mampu ku kawal
kerana resah itu lahir dari hati
apa sebenarnya yang aku cari
apa yang ingin aku miliki
terasa diri begitu asing sendiri
sendiri meneruskan menempuh liku liku kehidupan
tiada sempadan yang membatasi
hanya gelap dan sepi
dan langkah terhenti
kaku sendiri
aku tercari cari arah tujuku

cerita saya

saya wanita biasa
yang tidak mengimpikan apa2
melainkan secebit bahagia 
dan kejayaan buat kedua ibu bapa

saya wanita biasa
yang merindui saat manis dan tawa bersama
setiap teman berbicara
setiap kenalan yang memberi makna
suka dan duka 
yang dilalui bersama
memberi pengalaman dan kenangan 
dalam kehidupan

sesiapapun anda
yang pernah mengenali diri saya
terima kasih atas segalanya
dan maaf atas segalanya
kerana saya wanita biasa

Monday, January 30, 2012

kenapa dia?

kisah ini bermula. 
bukan berkaitan dengan sesiapa mahupun dgn sy.
sekadar mencoretkan nukilan cerita. tiada apa apa.
tiada berkaitan dengan sesiapa. harap maklum.

hati pelangi tergamam melihat melihat kehadiran si langit bersama bintangnya. pelangi ingat dia cukup tabah untuk menghadapi kenyataan itu.apatah lagi mereka hadir bersama benih cinta. mungkin dalam jangkaan 2 atau 3  bulan lagi mereka akan bergelar ibu dan ayah. seperti dijangka walaupun pertembungan mata cuba dielakkan namun ketentuan Ilahi tidak dapat dielakkan. mereka sesekali bertentang mata.

pelangi pura pura tabah. namun siapa yang dapat mengawal hati. seluruh badan pelangi menggigil dengan penahan pandangan mata si langit. 'tuhan tabahkan hatiku'. perlahan pelangi duduk menampung tubuh yg semakin lemah.namun senyuman tetap terukir. tidak mahu bertentang mata lagi. tidak mahu bersua lagi. bimbang hati tidak terkawal.

pulangnya pelangi ke tempat asal. bersama ingatan pertembungan di majlis tadi. sebak hati. namun gembira melihat si langit bersama bintang hatinya. mesra dan bahagia. :)
memang pelangi tersenyum melihat kemesraan mereka namun hati kecil tetap  berbisik 'kenapa bukan aku disampingnya dan bukan aku pilihan hatinya?


tiada jawapan untuk persoalan itu.

kerana bicara tersebut tidak pernah terungkap. sepi tanpa bicara. walau hati menangis. tiada air mata.

pelangi mencari jawapan sendiri.

bukan aku kerana dia bukan jodohku
bukan aku kerana dia berhak memilih yang terbaik untuknya
bukan aku kerana aku belum cukup sempurna buatnya
bukan aku kerana aku sepi tanpa bicara

lalu pelangi bertekad. kehadiran si langit seketika cuma. hadirnya membawa bahagia namun mereka tidak ditakdirkan bersama. si langit lelaki sempurna namun bukan untuknya.

tutuplah kisah sedih hati yang membawa pergi harapan yang tiada pasti.

semoga selepas ini kehadiran si dia yang ditakdirkan buat pelangi akan membawa ceria dan sinar bahagia selamanya. InsyaAllah..
dan semoga selepas ini hati pelangi benar benar bersedia melepaskan segalanya pergi.
menati kehadiran yang pasti.



Nice Place haaaa

Pangong Lake.
Have you heard the name? Pangong Lake located in Ladakh India. 
For those watched 3 Idiot this place look familiar for you right? I love the scenery. Subhanallah...
Here the photos. Photographers must have a dream to come here. So do I (InsyaAllah..)



More photos -> http://www.flickr.com//photos/loupiote/sets/72157621624374516/show/

Pengumuman Penting!

Disebabkan level stress di tahap agak membimbangkan, maka blog ini akan menjadi mangsa keadaan. 

Ianya akan menjadi mangsa kreativiti terlampau tuan punya blog yang sukakan programming bila stress. Hahahha..pelik tak?

Jadi, lihatlah blog yang carca marba bila tuannya try and error untuk melepaskan tekanan. Hahahhaa...bukankah itu fungsi blog yang sebenar?

*__^

Hidup perlukan perubahan

Sembang sembang dengan rakan sekerja tengah hari tadi membuatkan aku masih terngiang- ngiang topik perbualan. Masih berfikir-fikir.

Iye dah empat tahun lebih aku kat sini mencari rezeki. Alhamdulillah rezeki Allah tetapkan di sini aku menerima gaji buat belanja meneruskan hidup. Tapi, peribahasa Melayu 'bagi betis nak peha'. Sembang sembang tadi buat aku sakit kepala berfikir. Pernah tak dengar orang cakap manusia tidak pernah puas dan tidak akan pernah merasa cukup.

Persoalannya...

Adakah selama ini aku merasakan apa yang aku dapat selama ini sudah cukup dan aku sudah puas dengan apa yang aku ada. Lalu aku berhenti berusaha. Aku tidak tegar untuk mengubah dan memperbaiki kehidupan lagi...Persoalan ini berlegar-legar dalam kepala otak aku sekarang ini. 4 tahun aku tidak ada apa-apa perubahan. aku di sini, begini, dan masih sama seperti dahulu. Abaikan soal gaji. Tapi perubahan diri aku. Mana perginya cita-cita yang selama ni berkobar-kobar dalam jiwa. Mungkin telah kelam dan terpadam.

Aku sendiri tidak faham.

Tapi hari ini, sifat tepu aku tiba-tiba mendidih. Bergelodak dalam jiwa dan hati. Ke mana telah hilangnya diri aku selama ini. aku hidup tanpa cita-cita kerana aku rasa selesa dan cukup. Maka aku berhenti usaha.

Ini adalah satu satunya tempat yang aku menetap paling lama dalam hidup ini (selain kg halaman. Baik tempat kerja mahupun kediaman. Mungkin akan berubah lagi selepas ini. Selama 4 tahun tidak pernah ada apa-apa perubahan. Yang berubah hanyalah pelajar yang silih berganti datang dan pergi, rakan serumah yang berganti ganti, persekitaran rakan-rakan dari 1 ke 2 ke 3 dan seterusnya, status mereka juga berubah, kelayakan akademik juga berubah. Tapi aku tetap SAMA! dari dulu sampai sekarang masih sama.

Apa sebenarnya yang harus aku lakukan? Moga Allah tunjukkan jalan. Aku yakin setiap rezeki itu ditentukan Allah. Sekecil dan sebesar manapun tidak akan berubah dengan izinNya. Jika ianya ditakdirkan buat aku, ia tetap milik aku. Insyaallah

Mereka sangat sweet :D

Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee sangatlah sweet. Dulu selalu berangan nak bercinta lepas kawin. Dulu kini dan masih lagi. Haahahahaha... Tapi tak kuat dan tak berapa yakin dengan diri. Kalau ikut hati mestilah nak seorang suami yang boleh memimpin dunia akhirat, soleh, air muka tenang dan yang paling penting soft spoken. Tapi kekadang bila pandang kat diri sendiri, layakkah nak dapat someone macam tu. Golongan yang diimpi ni banyak pilihan dan sangatlah 'hot'. Tapi, deep inside in my heart, semoga 'dia' ada semakin dekat untukku. InsyaAllah. Perancangan Allah itu hebat dan terbaik buat kita kan :)

Jom tengok video Ally Iskandar dan Farah Lee..semoga mahligai yang dibina berkekaklan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..(*mode senyum sorang sorang)




Sunday, January 29, 2012

Fahami Si Perut

Setelah usaha diet yang selalu gagal dan menyesal, bertekad lagi dan gagal lagi lalu menyesal lagi. Bukan sekali dua tapi hampir setiap tahun azam ini di bawa ke depan. sejak darjah 6! tapi langsung tidak memeberi kesan.
Sehinggalah satu ketika pada penghujung tahun 2008 kalau tidak salah. Saya bersungguh hendak kurus sebab badan memang gemuk tahap melampau. Berat mencecah 68kg!.
Lalu saya mencuba satu produk nutrisi. Memang sangat berkesan! Saya hilang 8kg dalam masa 3bulan. Apa yang paling best kesihatan perut berada di tahap maksimum yang pernah dirasa. Sebelum ni saya gemuk dari kecik jadi semestinya bermula dari tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Dulu masa zaman sekolah rendah dan menengah saya pernah kena jumpa pakar sebab ada masalah dalam perut. Langsung tidak ambil berat tentang perut. Pendarahan pada bahagian perut dan kolon juga sering berlaku kalau salah makan. Saya gelarkan perut sendiri sebagai perut plastik.

Lepas ambil produk nutrisi, angin dalam badan dah berkurang. Bangun pagi memang segar. dan yang pasti, perut tidak lagi bermasalah. Benar benar rasa sihat ketika itu sehingga wajah kelihatan berseri seri. Mungkin kerana pengambilan air yang mencukupi menyebabkan usus bersih dan toksin dapat dikeluarkan dari wajah maka wajah kelihatan cerah berseri. Bukan wajah sahaja tapi seluruh badan.

Saya benar benar rasa sihat ketika itu.

Tapi itu cerita 2 tahun dahulu. Selepas 3 bulan saya amalkan pemakanan yang sihat berbekalkan nutrisi tersebut, saya kembali ke tabiat pemakanan biasa. Maka hasilnya sekaranga berat saya kembali kepada asal 68kg! Mungkin berat itu belum cukup meirsaukan saya sebab maklumlah dah biasa gemuk dan familiar dengan gelaran comel (*hahaha...comellah sangat! :p)

Namun bila badan dah mula kebas kebas, kaki dan angkle dah mula rasa sakit, perut dah kembali terasa kurang sihat dan banyak lagi simptom simptom tidak sihat yang lain, saya mula rasa insaf. Serius rasa bersalah pada diri. Saya menzalimi diri sendiri. Bukankah rasulullah juga berpesan untuk makan sepertiga. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk pernafasan. 

Jadi, dengan keinsafan yang ada dan rasa bersalah yang menebal, saya menguatkan diri mengawal corak pemakanan. Bab exercises tu untuk membantu menbina kembali stamina, hilangkan kembali rasa kesakitan seluruh badan dan yang paling penting hendak menurunkan berat kepada berat badan ideal. Saya dah tidak kesah kalau setiap inci ukuran maintain je, tapi berat itu penting. Tidak mahu lagi membebankan kaki yang bersaiz 5/6 ni menderita bila tuannya banyak berjalan. Kesian kaki, kesian juga perut, lagi kesian...sayalah!

Perkara pertama yang dilakukan, menetapkan jadual kecerdasan.
Isnin - Puasa Sunat insyaAllah..(merehatkan perut)
Selasa - Jogging (kekuatan otot kaki dan jantung)
Rabu - Swimming (tenangkan diri lagipun kelas swimming boleh mandi dan bersiap ke kelas tafsir. InsyaAllah)
Khamis - Puasa Sunat (rehatkan perut)
Jumaat - Exercise Tangga (memandangkan peha dan perut terabai dan semakin membesar serta buncit)
Sabtu - Berehat
Ahad - Aktiviti di rumah (kemas rumah/ cuci kereta / menari dangan gembira )

Di samping itu, perancangan menu, telah berlangsung selama seminggu. Alhamdulillah..terlalu awal untuk beritahu hasilnya tapi oklah. Dalam peti ais penuh dengan carrot dan tomato (kegemaran saya), salad (belajar mencintainya). Saya belajar untuk memahami apa yang tidak mendera perut. Lagipun, Nephew saya yg baru menjalani pembedahan appendiks berpantang makan selama 2 minggu dan hilang 8kg!. Apa salahnya say cuba kan. Nak pastikan tidak akan ada pendarahan usus lagi lepas ni. InsyaAllah...Saya tambahkan lagi keinsafan tentang perut dengan menonton video video berkaitan perut macam ni.
Sila tonton
Dan yang pasti kena banyak doa, semoga Allah berikan kekuatan dan kecekalan ini beterusan hingga ke akhir hayat. 

Oleh itu, target aya bukan untuk kurus tapi handak berat badan ideal. Bukan banyak nak turun tapi saya tidak ada determination yang kuat. Tapi, takpelah lepas ni, nk bagi tumpuan yang lebih pada kesihatan perut. Lagipun penyakit bermula dari perut kan. Huhuhu...manakutkan tengok video tu. Macam manalah agaknya perut kita kan.


Sunday, January 22, 2012

Di Sebalik "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker" | iluvislam.com + discover the beauty of islam

apa pandangan anda jika ini berlaku dalam kehidupan anda?
mudah untuk orang bertanya 'bila lagi?'
tapi pernah terfikirkah, wanita yang malu pada adatnya akan hanya diam sepi tanpa berbicara walau jejaka impian hati berada di depan matanya. soalan itu akan menambah beban hatinya.
bila soalan itu dijawab dengan 'carikanlah'
justeru, apa tindakan anda?
kebiasaannya jawapan itu akan dibalas dengan 'alaa takut nanti awak xberkenan dengan calon yang kita kenalkan'
belum cuba lagikan. cepatnya bagi alasan.
jadi, janganlah senang senang bertanya tentang bila masanya jodoh si gadis akan sampai kerana dia sendiri tidak tahu bila dan dengan siapa.
biarlah si gadis sendiri memnja doa pada Ilahi. usah ditanya soalan yang tidak mampu dijawab olehnya sendiri.. ;)

*kalau ikut hati seperti mahu melamar dia. tapi apakan daya. kami bagai langit dan bumi. :)
Di Sebalik "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker" | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menjengah rupa si dia

Hati tertawan dengan kesopanan
ketampanan tidaklah hebat mana tapi
wajahnya berseri dan bercahaya
boleh buatkan aku jatuh cinta

tapi apakan daya tengok dari jauh aja ^__*

Friday, January 20, 2012

Cantik tak?

Terjumpe kt fb tadi photo ni

Cantik kan. heliza kelihatan sungguh ayu tapi tidak pasti sejauh mana praktikalnya nak melilit tudung tu namun sangat banyak stail yang boleh digayakan sebab boleh dibuat telekung dan purdah. sapa tau ada tak dijual dimana mana kedai selain online sabab nak mencuba dahulu.
harganya....mmmm boleh tahan RM 110. Tapi kalau benar2 praktikal boleh cuba ni.
 
Sejak 2 3 menjak ni, semakin banyak busana muslim dijual cantik cantik belaka. Tapi.....................................
panjangkan tapi tu sebab...baju yang labuh kebiasaannya design baju tu akan straight. Maksudnya potongan baju itu lurus..macam ni
sungguhlah comel dan ayu jelita jika mereka mereka memiliki cutting yang lurus jugak. namun bagaimana dengan mereka mereka yang bertubuh begini

maka, akan tercari carilah design muslimah yang sesuai. nak cari yang labuh dan lebar sungguhla susah. tapi banyak jugak yang lebar dan labuh tapi biasanya
tangan tak cukup panjang atau kekadang xde lenganpun.
memang susah nak cari baju yang sesuai.

apa kata designer2 di luar sana sesuaikan baju dengan keperluan tubuh wanita Malaysia. ataupun wanita wanita yang bertubuh ala ala kembang silalah kuncupkan diri(*khas untuk diri sendiri) maka senanglah nanti nak mencari baju yang sesuai untuk tubuh sendiri :)

*misi kecilkan saiz masih gagal. haih...mampukah nak menyarung sweater yang anggun begini nanti
 sesuai untuk yang bertubuh langsing tapi aku? hohohohoho..si bolat

Thursday, January 12, 2012

Mental down

mental! sebab gumuks. baju baju semua ketat. aaaaa mesti stress kalau fikir pasal baju and seluar mana nak pakai. mcam sarung nagka pun dah ada dah rupa ni. 

muka bolat. macam kembang semangkuk.

azam nak turun berat tapi berat makin tepu. maintain berat maintain cun dengan bulat.

walau azam berkobar kobar tapi masih sama. scale tunjukkan -2kg jek walau golek golek bersungguh capai adeal weight. 

rasa nak jerit. 
owh dunia abaikan kewujudan si bulat ni ..

sterss mode di tahap melampau!

kisah dia berehat seketika

epilog kisah dia berehat seketika
*__^

Sunday, January 8, 2012

hope to see

i really hope that i can see ^__*
i bring thousands hope today
wish me all d best :)

Friday, January 6, 2012

harapan tipis

ingatkan ada peluang bertemu si dia
tapi
harapan itu tipis 
sebab waktu kami berbeza
kecewa
namun aku tetap berdoa moga
dapat peluang bertemu si dia
dan moga Allah aturkan sesuatu yang lebih istimewa
hanya doa
akan bertemu dia juga

Sampai bila harus begini...

am a liar.
yes. saya penipu dan pendera paling kejam di dunia. siapakah mangsa penipuan dan dera sy?
mestilah diri sendiri! 
tidak ada yg kasihan sebab tuan tubuh langsung tidak kasihan. tapi masalahnya penipuan dan penderaan yg telah berlanjutan selama bertahun tahun barulah disedari pada tahun ini. 2012. 

kenapa 2012?
mungkin selama ini sy berkira sy masih muda belia. banyak masa lagi untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan diet yg sihat. tapi sekarang bila menulis ruangan age / usia , sy akan teragak agak untuk menulis (berkali kali akan mengira dgn jari, biar betul dah 3_) maka barulah sy sedar diri. uhuks... >.<

selama ini sy selalu bertekad nk kurus. tapi sy tetap begini. maintain cun overweight. ye sy memang gemuk dari usia 10 tahun dan berlebihan berat badan bila masuk alam sekolah menengah. sy mengekalkan status itu sehingglah sekarang. (*baju form 3 pun boleh pakai lg tau!)

tapi sejak akhir akhir ni sy merasakan perubahan. faktor usia mungkin. cepat penat! walaupun sy memang mengamalkan senaman jogging setiap petang dan walking the walk setiap pagi tapi metabolisma akan turun mendadak jika sy skip 2-3 hari. addoooiiii...

fakta terbaru, sy berjaya menambah berat dengan jayanya 2.5kg dalam masa seminggu sy berada di home sweet home. 2 minggu sebelum itu sy telah berusaha bersungguh sungguh menurunkan 1.5kg dalam masa 2minggu. tapi seminggu je dah boleh naik 2.5 kg! memang nangis lah...

jadi badan kelihatan seperti belon sedang bergerak. tertekan tidak terkata bila semua orang dh menegur sy kelihatan comel. uwaaaaa...nanges lagi. 

apa yang perlu sy lakukan?

sy masih meneruskan aktitviti berjogging setiap petang seperti biasa. ditambah dgn menghayun strider 1km setiap pagi. tapi boleh ke turun berat ni? sgt risau bila dah masuk dalam kategori gemuk. BMI dah atas pagar antara overweight n obese.

memang dari dulu sy berusaha mengawal pemakanan. tapi biasanya tidak akan bertahan lama bila badan akan mula menggigil dan lemah. paling lama pun 2minggu dan tubuh akan mula longlai. low blood pressure.  kekadang rasa nak pengsan.  padahal amalan pemakan dah sihat dah. dah ikut menu menu diet sihat. itulah kekangan sehingga hari ini. 

semakin banyak cerita diet sy baca semakin takut dibuatnya. diet itu dan ini ada je kesan sampingannya. diet atkin yang cukup dikenali dan paling berkesan dengan penurunan mendadak dikatakan mempunyai kesan sampingan selepas meninggalkan diet tersebut.

produk produk pelangsingan memang sy tidak berani sentuh. takut dengan kesan sampingan dan keadaan perut plastik yg sy miliki ni (*perut sangat sensetif )

kekadang memang rasa seperti giv up. serius! tapi tubuh ni juga amanah Allah. kena jaga baik baik. selama ni sy dh mengabaikannya. sy berdoa semua dapat kembali berat ideal dan kesihatan yg baik.

sampai hari ni sy belum menjengah McD nak menjamah prosperity. berat langsung tidak menunjukkan tanda tanda seperti yg diimpi. jadi hampir pasti tidak dapat menjamahnya.. :(
*boleh baca entry sebelum ni betapa gemarnya sy dgn prosperity.

strategi baru sedang di susun. sy terfikir nak buat jelah apa yg boleh janji berat turun. lepas ni baru fikir macam mana nak mengamalkan kehidupan sihat selepas dapat berat badan ideal. boleh tak macam tu? 

semua idea idea diet sebelum ni hancur lebur lepas balik kg hari tu. huhuhu...

dah buntu ni. tolong please...
*sambil tarik tarik rambut stress 

note: nak dapat ideal weight kena hilangkan 8kg!

Wednesday, January 4, 2012

Salam 2012

masih tidak terlewat nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 2012

tahun 2012 sungguhla tidak mengujakan untuk dirai
kerana my age will start with 3_ for another 1 dekad

azam tahun baru 2012 tidak apa pun yang menarik
nak berazam banyak banyak nanti banyak pula kekecewaan yang kena ditanggung
jadi azam sy hanya biasa biasa sahaja

seperti biasa azam yang dibawa dari tahun ke tahun dan ke tahun tapi tidak pernah kesampaian adalah
nak kurus!
walaupun azam tapi tidak pernah kuat untuk bertekad menghilangkan berat
jadi azam tahun 2012 adalah nak dapat
ideal weight!
chai'yok to me
first levelpon blom tercapai walau prosperity dh nak abes tawaran
*nanges kalau xdapat :((

semoga tahun 2012 ni juga sy dapat sambung kembali hajat untuk
sambung belajar
yang tergendala separuh jalan
InsyaAllah semoga adalah peluang kedua buat sy

sy sangat berharap 2012 ini saya akan hidup 
bebas hutang
kalau bukan hutang besar2 pon dapat bebas hutang kecil kecil pon xpelah
janji dah xbanyak hutang

2012 ni ada hajat nak 
melangkah sempadan negara
nak ke mana? tunggu jelah post yang akan datang 
InsyaAllah

mesti dok tertanya tanya tu
bab jodoh macam mana plak kan kan kan
entah sy xreti nak jawab bab ni
jodoh kan ketentuan Allah
jadi sy berserah dan berdoa pd Allah
semoga ada jodoh sy yang terbaik
InsyaAllah

harapan dan azam yang lain
macam biasalah
nak bekerja bersunguh sungguh
nak perbaiki diri hiasi peribadi
nak menuntut ilmu hingga ke negeri China (kenapa China eh?)

dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
hari esok lebih baik dari hari ini
dan hari hari muka lebih baik dari hari hari yang telah berlalu
InsyaAllah

Tuesday, January 3, 2012

10 BANDAR PALING BAHAYA UNTUK DI LAWATI

Kena take note ni. Jangan main redah je time nak pergi melancong ;)


bandar_paling_bahaya (2)10. Bangkok, Thailand
Thailaand merupakan pengeluar candu serta heroin utama di dunia dan sebahagian besar perdagangan haram ini berlakuu di ibukota Bangkok. Statistik pada tahun 2009 sahaja menunjukkan sebanyak 20,000 serangan, 13,500 kes kecurian dan 5,000 kes pembunuhan telah berlaku disini. Dan mungkin disebabkan itu ia berada pada tangga teratas jenayah paling tinggi di Asia Tenggara sehingga membuatkan ia termasuk dalam senarai top10 ini.


bandar_paling_bahaya (8) 9. Guatemala City, Guatemala
Kerajaan disana tersangatlah keji kerana mereka juga mendapat bayaran atau sogokan daripada pengusaha/penjual dadah disana. Bandar Guatemala merupakan zon panas yang paling top di Amerika Selatan ini kerana ia merupakan sebuah tempat penuh dengan penyeludup dadah dan geng perusuh luar. Dengan kadar jenayah yang tinggi di ibukota ini membuatkan ramai pengujung/pelancong menjadi mangsa kepada rompakan, rogol serta pembunuhan. Jika anda berjalan-jalan disana pada waktu malam, janganlah cuba-cuba untuk membawa dompet ataupun barang kemas ..confirm anda akan balik dengan tangan kosong~

bandar_paling_bahaya (1) 8. Baghdad, Iraq
Tidak kisahlah anda siapa, sudah pasti anda tidak akan berasa selamat di Iraq. Ia adalah negara yang hancur sama sekali disebabkan kadar keganasan serta jenayah yang agak tinggi disana. Sejak perang pada 2003 meletus, AS telah menyebabkan perang saudara yang amat dasyat dikalangan mereka. Lebih daripada 650,000 telah terkorban dalam sengketa ini. Al-Qaeda serta puak Kurdish merupakan dalang pada segala kemusnahan serta keganasan yang berlaku disini. Bagi penduduk disini, bahan letupan serta periuk api daripada pengebom berani mati ini mungkin berada dimana-mana sahaja kerana beritanya pasti kendengaran hampir setiap hari disini. Penculikan serta pembunuhan rambang seringkali berlaku disni. Sejak AS menakluk negara ini, berjuta-juta penduduk Iraq menjadi pelarian dan berjuta-juta lagi telah kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini membuatkan Baghdad sebagai sebuah tempat untuk menempah maut.

bandar_paling_bahaya (7)7. Grozny, Chechnya, Russia
Disini dikatakan tempat dimana Mafia lebih banyak daripada Polis. Ini kerana bandar ini bukanlah sepenuhnya dikawal oleh kerajaan, kebanyakannya dikawal oleh gangster-gangster serta mafia-mafia. Dianggarkan hampir 85 pembunuhan akan berlaku disini setiap hari. Pelacuran serta perdagangan dadah merupakan suatu perkara yang biasa disini dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka. Sekiranya anda datang ke sini, ancaman-ancaman seperti rogol serta penculikan sudah tentu bakal mengundang anda. So, fikirlah 2 atau 3 kali sebelum datang ke sini.

bandar_paling_bahaya (10)6. Rio de Janeiro, Brazil
Jika anda merancang untuk ke Brazil, berfikirlah sebetul-betulnya kerana pelbagai bahaya bakal mengundang anda terutamanya di Rio. Sekiranya anda tiba sahaja disini, sudah pasti anda akan mendapat pelbagai risalah tentang amaran waspada ketika berjalan-jalan disini. Dengan kadar jenayah yang tinggi sejak 2 tahun yang lepas membuatkan tempat ini sebagai tempat paling bahaya sekali di dunia. Disini juga dimana kartel dadah yang dipanggil Piranhas tinggal dan mereka adalah antara yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan serta penculikan yang agak kerap disini. Mengikut statistik 2009, hampir 8000 kematian telah dicatatkan akibat daripada pembunuhan. Ini bermakna anggaran 20 pembunuhan berlaku setiap hari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes ini kerap berlaku di daerah-daerah paling miskin di Rio.

bandar_paling_bahaya (3)5. Bogota, Colombia
Bogota merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata serta dadah yang datang dari Colombia ke Panama. Disini juga, pembunuhan juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Kalau anda berhajat untuk datang ke sini, jangalah lupa membawa pistol atau pisau rambo anda sekali bersama kerana mungkin anda dapat mengelakkan diri daripada penyamun/perompak yang sudah pasti menuggu kehadiran anda. Tapi kalau ada orang ajak anda pergi ke Amerika Latin, cuba tanya dimana destinasinya..kalau setakat pergi Bogota..cakap kat dia, hentikan sahaja niat suci itu~

bandar_paling_bahaya (4)4. Cape Town, South Africa
Hampir setiap tahun, pembunuhan serta rompakan merupakan statistik yang paling tinggi di Cape Town. Dalam satu tahun sahaja, hampir 71500 kesalahan yang membabitkan seksual telah dicatatkan, 13900 kecurian telah berlaku dan 18400 rompakan telah belaku di premis-premis perniagaan. Sekiranya dikira lagi, kira-kira 50 pembuhan akan berlaku setiap hari di Afrika Selatan dan 1/2 nya disumbangkan oleh bandar ini. Cape Town merupakan sebuah bandar yang pada dasarnya sangat miskin, mungkin disebabkan itu ia menyumbang pada kadar jenayah ini.

KakiHeboh.com: Yang pelik.. buat world cup banyak pulak duit ..Mungkin kerajaan jer kaya ..rakyat miskin ..kan?


bandar_paling_bahaya (9)3. Mogadishu, Somalia
Kami tidak dapat informasi penuh pasal statistik jenayah disini, tapi walaubagaimanapun kerajaan disini tetap memberi amaran keras kepada sesiapa yang hendak datang kesini. Mungkin disebabkan tempat ini merupakan tempat paling banyak pengganas di dunia. Dengan perang saudara yang sedang berlangsung di ibukota Somalia ini menjadikan tempat ini bukanlah tempat sesuai untuk pergi kerana ia mendatangkan risiko yang sangat besar kepada pelancong. Ada juga pernah mengatakan, hampir setiap hari ada sahaja yang cedera di lorong-lorong di bandar ini. Bunyi tembakan, penculikan, dan sebagainya membuatkan bandar ini mendapat 3 teratas sebagai bandar paling bahaya sekali di dunia.

bandar_paling_bahaya (6)
2. Ciudad Juarez, Mexico
Tempat ini antara tempat yang mempunyai jenayah paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan, kekerasan seksual serta jenayah dadah. Statistik mengatakan 120 daripada 100000 penduduk terbunuh disini. Ciudad Juarez terletak betul-betul hampir dengan sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini, kartel dadah disana telah memulakan suatu perang sesama mereka sehingga menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong. Ciudad Juarez merupakan bandar yang paling banyak pembunuhan berlaku dan mengikut statistik yang kami dapat, 50% bagi kesemua pembunuhan yan berlaku di Mexico berasal dari Ciudad Juarez.

bandar_paling_bahaya (5)1. Caracas, Venezuela
Amerika Latin setakat ini merupakan antara tempat yang paling berbahaya di dunia. Jika anda search tempat-tempat berbahaya di internet (googling), sudah pasti sekurang-kurang 20 daripadanya anda akan dapati ia berada disini. Dengan kartel dadah yang banyak serta kadar kemiskinan yang tinggi membuatkan ibukota Venezuela berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling banyak pembunuhan serta jenayah berlaku. Untuk pengetahuan anda semua, Venezuela merupakan kepala (ketua) kepada perdagangan dadah di dunia terutamanya kokain. Jadi, lupakanlah cita-cita indah anda untuk bertemu dengan pelakon amerika latin disini yer ^_^ kerana bahaya tengah menuggu anda disana.
 
10 BANDAR PALING BAHAYA UNTUK DI LAWATI