Setelah usaha diet yang selalu gagal dan menyesal, bertekad lagi dan gagal lagi lalu menyesal lagi. Bukan sekali dua tapi hampir setiap tahun azam ini di bawa ke depan. sejak darjah 6! tapi langsung tidak memeberi kesan.
Sehinggalah satu ketika pada penghujung tahun 2008 kalau tidak salah. Saya bersungguh hendak kurus sebab badan memang gemuk tahap melampau. Berat mencecah 68kg!.
Lalu saya mencuba satu produk nutrisi. Memang sangat berkesan! Saya hilang 8kg dalam masa 3bulan. Apa yang paling best kesihatan perut berada di tahap maksimum yang pernah dirasa. Sebelum ni saya gemuk dari kecik jadi semestinya bermula dari tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Dulu masa zaman sekolah rendah dan menengah saya pernah kena jumpa pakar sebab ada masalah dalam perut. Langsung tidak ambil berat tentang perut. Pendarahan pada bahagian perut dan kolon juga sering berlaku kalau salah makan. Saya gelarkan perut sendiri sebagai perut plastik.
Lepas ambil produk nutrisi, angin dalam badan dah berkurang. Bangun pagi memang segar. dan yang pasti, perut tidak lagi bermasalah. Benar benar rasa sihat ketika itu sehingga wajah kelihatan berseri seri. Mungkin kerana pengambilan air yang mencukupi menyebabkan usus bersih dan toksin dapat dikeluarkan dari wajah maka wajah kelihatan cerah berseri. Bukan wajah sahaja tapi seluruh badan.
Saya benar benar rasa sihat ketika itu.
Tapi itu cerita 2 tahun dahulu. Selepas 3 bulan saya amalkan pemakanan yang sihat berbekalkan nutrisi tersebut, saya kembali ke tabiat pemakanan biasa. Maka hasilnya sekaranga berat saya kembali kepada asal 68kg! Mungkin berat itu belum cukup meirsaukan saya sebab maklumlah dah biasa gemuk dan familiar dengan gelaran comel (*hahaha...comellah sangat! :p)
Namun bila badan dah mula kebas kebas, kaki dan angkle dah mula rasa sakit, perut dah kembali terasa kurang sihat dan banyak lagi simptom simptom tidak sihat yang lain, saya mula rasa insaf. Serius rasa bersalah pada diri. Saya menzalimi diri sendiri. Bukankah rasulullah juga berpesan untuk makan sepertiga. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk pernafasan.
Jadi, dengan keinsafan yang ada dan rasa bersalah yang menebal, saya menguatkan diri mengawal corak pemakanan. Bab exercises tu untuk membantu menbina kembali stamina, hilangkan kembali rasa kesakitan seluruh badan dan yang paling penting hendak menurunkan berat kepada berat badan ideal. Saya dah tidak kesah kalau setiap inci ukuran maintain je, tapi berat itu penting. Tidak mahu lagi membebankan kaki yang bersaiz 5/6 ni menderita bila tuannya banyak berjalan. Kesian kaki, kesian juga perut, lagi kesian...sayalah!
Perkara pertama yang dilakukan, menetapkan jadual kecerdasan.
Isnin - Puasa Sunat insyaAllah..(merehatkan perut)
Selasa - Jogging (kekuatan otot kaki dan jantung)
Rabu - Swimming (tenangkan diri lagipun kelas swimming boleh mandi dan bersiap ke kelas tafsir. InsyaAllah)
Khamis - Puasa Sunat (rehatkan perut)
Jumaat - Exercise Tangga (memandangkan peha dan perut terabai dan semakin membesar serta buncit)
Sabtu - Berehat
Ahad - Aktiviti di rumah (kemas rumah/ cuci kereta / menari dangan gembira )
Di samping itu, perancangan menu, telah berlangsung selama seminggu. Alhamdulillah..terlalu awal untuk beritahu hasilnya tapi oklah. Dalam peti ais penuh dengan carrot dan tomato (kegemaran saya), salad (belajar mencintainya). Saya belajar untuk memahami apa yang tidak mendera perut. Lagipun, Nephew saya yg baru menjalani pembedahan appendiks berpantang makan selama 2 minggu dan hilang 8kg!. Apa salahnya say cuba kan. Nak pastikan tidak akan ada pendarahan usus lagi lepas ni. InsyaAllah...Saya tambahkan lagi keinsafan tentang perut dengan menonton video video berkaitan perut macam ni.
Sila tonton
Dan yang pasti kena banyak doa, semoga Allah berikan kekuatan dan kecekalan ini beterusan hingga ke akhir hayat.
Oleh itu, target aya bukan untuk kurus tapi handak berat badan ideal. Bukan banyak nak turun tapi saya tidak ada determination yang kuat. Tapi, takpelah lepas ni, nk bagi tumpuan yang lebih pada kesihatan perut. Lagipun penyakit bermula dari perut kan. Huhuhu...manakutkan tengok video tu. Macam manalah agaknya perut kita kan.
No comments:
Post a Comment