Friday, January 6, 2012

Sampai bila harus begini...

am a liar.
yes. saya penipu dan pendera paling kejam di dunia. siapakah mangsa penipuan dan dera sy?
mestilah diri sendiri! 
tidak ada yg kasihan sebab tuan tubuh langsung tidak kasihan. tapi masalahnya penipuan dan penderaan yg telah berlanjutan selama bertahun tahun barulah disedari pada tahun ini. 2012. 

kenapa 2012?
mungkin selama ini sy berkira sy masih muda belia. banyak masa lagi untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan diet yg sihat. tapi sekarang bila menulis ruangan age / usia , sy akan teragak agak untuk menulis (berkali kali akan mengira dgn jari, biar betul dah 3_) maka barulah sy sedar diri. uhuks... >.<

selama ini sy selalu bertekad nk kurus. tapi sy tetap begini. maintain cun overweight. ye sy memang gemuk dari usia 10 tahun dan berlebihan berat badan bila masuk alam sekolah menengah. sy mengekalkan status itu sehingglah sekarang. (*baju form 3 pun boleh pakai lg tau!)

tapi sejak akhir akhir ni sy merasakan perubahan. faktor usia mungkin. cepat penat! walaupun sy memang mengamalkan senaman jogging setiap petang dan walking the walk setiap pagi tapi metabolisma akan turun mendadak jika sy skip 2-3 hari. addoooiiii...

fakta terbaru, sy berjaya menambah berat dengan jayanya 2.5kg dalam masa seminggu sy berada di home sweet home. 2 minggu sebelum itu sy telah berusaha bersungguh sungguh menurunkan 1.5kg dalam masa 2minggu. tapi seminggu je dah boleh naik 2.5 kg! memang nangis lah...

jadi badan kelihatan seperti belon sedang bergerak. tertekan tidak terkata bila semua orang dh menegur sy kelihatan comel. uwaaaaa...nanges lagi. 

apa yang perlu sy lakukan?

sy masih meneruskan aktitviti berjogging setiap petang seperti biasa. ditambah dgn menghayun strider 1km setiap pagi. tapi boleh ke turun berat ni? sgt risau bila dah masuk dalam kategori gemuk. BMI dah atas pagar antara overweight n obese.

memang dari dulu sy berusaha mengawal pemakanan. tapi biasanya tidak akan bertahan lama bila badan akan mula menggigil dan lemah. paling lama pun 2minggu dan tubuh akan mula longlai. low blood pressure.  kekadang rasa nak pengsan.  padahal amalan pemakan dah sihat dah. dah ikut menu menu diet sihat. itulah kekangan sehingga hari ini. 

semakin banyak cerita diet sy baca semakin takut dibuatnya. diet itu dan ini ada je kesan sampingannya. diet atkin yang cukup dikenali dan paling berkesan dengan penurunan mendadak dikatakan mempunyai kesan sampingan selepas meninggalkan diet tersebut.

produk produk pelangsingan memang sy tidak berani sentuh. takut dengan kesan sampingan dan keadaan perut plastik yg sy miliki ni (*perut sangat sensetif )

kekadang memang rasa seperti giv up. serius! tapi tubuh ni juga amanah Allah. kena jaga baik baik. selama ni sy dh mengabaikannya. sy berdoa semua dapat kembali berat ideal dan kesihatan yg baik.

sampai hari ni sy belum menjengah McD nak menjamah prosperity. berat langsung tidak menunjukkan tanda tanda seperti yg diimpi. jadi hampir pasti tidak dapat menjamahnya.. :(
*boleh baca entry sebelum ni betapa gemarnya sy dgn prosperity.

strategi baru sedang di susun. sy terfikir nak buat jelah apa yg boleh janji berat turun. lepas ni baru fikir macam mana nak mengamalkan kehidupan sihat selepas dapat berat badan ideal. boleh tak macam tu? 

semua idea idea diet sebelum ni hancur lebur lepas balik kg hari tu. huhuhu...

dah buntu ni. tolong please...
*sambil tarik tarik rambut stress 

note: nak dapat ideal weight kena hilangkan 8kg!

No comments:

Post a Comment