Wednesday, January 4, 2012

Salam 2012

masih tidak terlewat nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 2012

tahun 2012 sungguhla tidak mengujakan untuk dirai
kerana my age will start with 3_ for another 1 dekad

azam tahun baru 2012 tidak apa pun yang menarik
nak berazam banyak banyak nanti banyak pula kekecewaan yang kena ditanggung
jadi azam sy hanya biasa biasa sahaja

seperti biasa azam yang dibawa dari tahun ke tahun dan ke tahun tapi tidak pernah kesampaian adalah
nak kurus!
walaupun azam tapi tidak pernah kuat untuk bertekad menghilangkan berat
jadi azam tahun 2012 adalah nak dapat
ideal weight!
chai'yok to me
first levelpon blom tercapai walau prosperity dh nak abes tawaran
*nanges kalau xdapat :((

semoga tahun 2012 ni juga sy dapat sambung kembali hajat untuk
sambung belajar
yang tergendala separuh jalan
InsyaAllah semoga adalah peluang kedua buat sy

sy sangat berharap 2012 ini saya akan hidup 
bebas hutang
kalau bukan hutang besar2 pon dapat bebas hutang kecil kecil pon xpelah
janji dah xbanyak hutang

2012 ni ada hajat nak 
melangkah sempadan negara
nak ke mana? tunggu jelah post yang akan datang 
InsyaAllah

mesti dok tertanya tanya tu
bab jodoh macam mana plak kan kan kan
entah sy xreti nak jawab bab ni
jodoh kan ketentuan Allah
jadi sy berserah dan berdoa pd Allah
semoga ada jodoh sy yang terbaik
InsyaAllah

harapan dan azam yang lain
macam biasalah
nak bekerja bersunguh sungguh
nak perbaiki diri hiasi peribadi
nak menuntut ilmu hingga ke negeri China (kenapa China eh?)

dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
hari esok lebih baik dari hari ini
dan hari hari muka lebih baik dari hari hari yang telah berlalu
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment