Sembang sembang dengan rakan sekerja tengah hari tadi membuatkan aku masih terngiang- ngiang topik perbualan. Masih berfikir-fikir.
Iye dah empat tahun lebih aku kat sini mencari rezeki. Alhamdulillah rezeki Allah tetapkan di sini aku menerima gaji buat belanja meneruskan hidup. Tapi, peribahasa Melayu 'bagi betis nak peha'. Sembang sembang tadi buat aku sakit kepala berfikir. Pernah tak dengar orang cakap manusia tidak pernah puas dan tidak akan pernah merasa cukup.
Persoalannya...
Adakah selama ini aku merasakan apa yang aku dapat selama ini sudah cukup dan aku sudah puas dengan apa yang aku ada. Lalu aku berhenti berusaha. Aku tidak tegar untuk mengubah dan memperbaiki kehidupan lagi...Persoalan ini berlegar-legar dalam kepala otak aku sekarang ini. 4 tahun aku tidak ada apa-apa perubahan. aku di sini, begini, dan masih sama seperti dahulu. Abaikan soal gaji. Tapi perubahan diri aku. Mana perginya cita-cita yang selama ni berkobar-kobar dalam jiwa. Mungkin telah kelam dan terpadam.
Aku sendiri tidak faham.
Tapi hari ini, sifat tepu aku tiba-tiba mendidih. Bergelodak dalam jiwa dan hati. Ke mana telah hilangnya diri aku selama ini. aku hidup tanpa cita-cita kerana aku rasa selesa dan cukup. Maka aku berhenti usaha.
Ini adalah satu satunya tempat yang aku menetap paling lama dalam hidup ini (selain kg halaman. Baik tempat kerja mahupun kediaman. Mungkin akan berubah lagi selepas ini. Selama 4 tahun tidak pernah ada apa-apa perubahan. Yang berubah hanyalah pelajar yang silih berganti datang dan pergi, rakan serumah yang berganti ganti, persekitaran rakan-rakan dari 1 ke 2 ke 3 dan seterusnya, status mereka juga berubah, kelayakan akademik juga berubah. Tapi aku tetap SAMA! dari dulu sampai sekarang masih sama.
Apa sebenarnya yang harus aku lakukan? Moga Allah tunjukkan jalan. Aku yakin setiap rezeki itu ditentukan Allah. Sekecil dan sebesar manapun tidak akan berubah dengan izinNya. Jika ianya ditakdirkan buat aku, ia tetap milik aku. Insyaallah
No comments:
Post a Comment