Monday, January 30, 2012

kenapa dia?

kisah ini bermula. 
bukan berkaitan dengan sesiapa mahupun dgn sy.
sekadar mencoretkan nukilan cerita. tiada apa apa.
tiada berkaitan dengan sesiapa. harap maklum.

hati pelangi tergamam melihat melihat kehadiran si langit bersama bintangnya. pelangi ingat dia cukup tabah untuk menghadapi kenyataan itu.apatah lagi mereka hadir bersama benih cinta. mungkin dalam jangkaan 2 atau 3  bulan lagi mereka akan bergelar ibu dan ayah. seperti dijangka walaupun pertembungan mata cuba dielakkan namun ketentuan Ilahi tidak dapat dielakkan. mereka sesekali bertentang mata.

pelangi pura pura tabah. namun siapa yang dapat mengawal hati. seluruh badan pelangi menggigil dengan penahan pandangan mata si langit. 'tuhan tabahkan hatiku'. perlahan pelangi duduk menampung tubuh yg semakin lemah.namun senyuman tetap terukir. tidak mahu bertentang mata lagi. tidak mahu bersua lagi. bimbang hati tidak terkawal.

pulangnya pelangi ke tempat asal. bersama ingatan pertembungan di majlis tadi. sebak hati. namun gembira melihat si langit bersama bintang hatinya. mesra dan bahagia. :)
memang pelangi tersenyum melihat kemesraan mereka namun hati kecil tetap  berbisik 'kenapa bukan aku disampingnya dan bukan aku pilihan hatinya?


tiada jawapan untuk persoalan itu.

kerana bicara tersebut tidak pernah terungkap. sepi tanpa bicara. walau hati menangis. tiada air mata.

pelangi mencari jawapan sendiri.

bukan aku kerana dia bukan jodohku
bukan aku kerana dia berhak memilih yang terbaik untuknya
bukan aku kerana aku belum cukup sempurna buatnya
bukan aku kerana aku sepi tanpa bicara

lalu pelangi bertekad. kehadiran si langit seketika cuma. hadirnya membawa bahagia namun mereka tidak ditakdirkan bersama. si langit lelaki sempurna namun bukan untuknya.

tutuplah kisah sedih hati yang membawa pergi harapan yang tiada pasti.

semoga selepas ini kehadiran si dia yang ditakdirkan buat pelangi akan membawa ceria dan sinar bahagia selamanya. InsyaAllah..
dan semoga selepas ini hati pelangi benar benar bersedia melepaskan segalanya pergi.
menati kehadiran yang pasti.



No comments:

Post a Comment