Alhamdulillah niat dan sebahagian tujuan kami ke bumi Cambodia telah tercapai seperti yang telah diceritakan dalam entri
sebelum ini. Perasaan ketika ini bercampur baur ingin kembali ke sini. Kami mula berbincang dan merancang.
Keunikan Siem Riep yang terkenal dengan Angkor Watt sebenarnya turut disebabkan oleh Tasik Tonle Sap yang merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Terdapat dua keunikan tasik ini iaitu perubahan arah aliran airnya sebanyak dua kali setahun iaitu pada musim monsun bulan Jun-Oktober yang mana aliran air dari Sungai Mekong ke tasik menyebabkan paras air dan keluasan tasik dari 1 meter dan 2700square km menjadi 9 meter dan 15000 square km. Perubahan aliran air ini menjadikannya sebagai nadi pertanian di sini.
|
Tonle Sap - foto dari Wikipedia |
Kami bertuah kerana berpeluang merentasi keluasan tasik ini yang seakan tidak bertepi. Seakan lautan namun tiada ombak yang memukul pantai.
Bekalan di atas bot nanti ialah sebungkus biji bunga teratai. Honestly, bagi saya tak sedap ^^.
|
model biji teratai |
|
penjual biji teratai |
Kami excited nak naik bot. Dan yang paling best, bot ini kami yang punya. Only us.
Kelihataan begitu banyak bot-bot dan sampan memenuhi tasik. Perjalanan yang agak lama memberikan masa untuk saya menghayati alam sekitar bersama sama gajet kesayangan. Klik sana sini. Pengalaman yang menarik.
|
Kehidupan atas air di sini bermula |
|
Cubaan menjadi kapten bot |
|
Alamak! yang ni pon nak cuba? hati berdebar kami semua belum kawen lagi~ |
|
mula layan blues |
|
ni memang abes guna skill yang ada |
|
jaket keselamatan tarak~bahaya! |
|
keluasan saujana mata memandang mula terpaku |
|
nak join jugak tapi tak berani berdiri. hahaha.. |
|
last last semua dok sini. Mujur bot tak terjongket ke depan |
Kami dah mula excited bila nampak ada balai polis, kedai runcit, dan mata saya terpaku melihat sunset.
Kehidupan atas air. Nampak mudah dan 'simple'. Bak kata ustaz, 'kalau bergaduh dengan jiran on d spot boleh pindah'
|
Kedai runcit |
|
perkampungan atas air |
Agagaga..mereka sangat excited bila melihat kami datang. Kenapa? entah...tapi rupanya..
si kecil dengan 'pet' kesayangan mr phyton mula menjerit
One Dollar One Dollar One Dollar..Oooooo
|
1 dollar 1 dollar 1 dollar |
|
makin rapat 1 dollar 1 dollar! |
Nada dah makin keras si kecil ni. Agaknya dalam hati
dia
'nah amek kau ular ni. bagi aku one dolar!'.
Saya dah mula mengangkat kaki risau nanti tak pasal pasal en 'sawa' ni atas riba. Dahla memang elok je tengah bersila ni.
|
dengan nada lebih keras dan tinggi '1 dollar!!' |
'Ok aku terus lari!'
Naik je ke atas perkampungan air kami disambut oleh sang buaya.
|
sang buaya dibela |
|
Another 'one dollar 'girls |
|
tapi ini memang menarik pehatian saya. jimat jimat 'abeslah periuk mak nak masak gulai nanti dek oii' |
|
demi 'one dollar' |
Sunset. Subhanallah..tapi ustaz tegur jangan terlalu suka melihat sunset nanti cepat tua. Erkk betul ke ustaz??
|
kuabadikan cinta kita di Tonle Sap |
|
with my dear sis |
|
interprem |
|
Subhanallah~ indahnya alam terbentang luas ciptaanMu Ya Allah
Aku bersyukur kerana diberi kesempatan melihat keagunganMu di sini
Alhamdulillah..Alhamdulillah.. |
Gambar dan berpossing memang tidak terkata banyaknya. Tak perlulah nak ditampal di sini. Kami pulang setelah mentari kian terbenam. Agak terkilan kerana kami meninggalkan ole ole cokelat di van. Kalau tak mesti mereka gembira dapat cokelat walaupun bukan 'one dollar'.
|
ni up sikit '2 dollar' |
|
kecewa tak dapat 2 dollar |
Pengalaman sungguh indah melihat alam ciptaan Ilahi dan ketegaran manusia meneruskan kehidupan di atas air. Terdiam seketika.
Kemudian,
kami 'check in' di
Ta Phrom Hotel yang terletak betul betul berhadapan dengan
Night Market.
Ta Phrom Hotel jauh lebih selesa berbanding hotel di Phnom Penh. Tapi masa tidur pula yang kurang. Kami bergegas turun sebab nak merasai keunikan 'massage' di Cambodia. Unik dan sangat berbeza.
|
triple sharing |
|
sudut kopi~ tak sempat duduk pun dekat sini |
|
Night Market ~ berhadapan dengan Ta Phrom Hotel |
|
Massage time! 10USD for one hour. |
Selepas massage mata memang dah tak boleh angkat. Tapi perut masih perlu diisi. Kami memilih
KFC. Iye betul di Malaysia pun ada tapi kami ingin rasa apa bezanya di sini. Menu semua sama. Harga lebih kurang ja. Tapi rasanya...ayam dan udang lebih fresh! Sedap.
Kalau datang ke Cambodia, jangan risau untuk makan di KFC kerana di jamin halal. KFC dari Malaysia. Ayam di sembelih di kampung ustaz. Tiada ragu ragu. Pasti Halal!
a