Monday, January 31, 2011

Anecdote for A Monday Morning

There was a blind girl who hated herself just because she's blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He's always there for her.
She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated pair of eyes to her and then she can see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her,
'now that you can see the world, will you marry me?'  
The girl was shocked when she saw that her boyfriend is blind too, and refused to marry him.

Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying..
'Just take care of my eyes, dear'

This is how human brain changes when the status changed.
Only a few remember  what life was before, 
and who's always been there even in the most painful situations.

Life Is A Gift

Today, before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion

Today before you complain about Life
Think of someone who went early too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren

Before you argue about your dirty house, someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

When you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job

Before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that no one of us are without wrong doings

And when depressing thoughts seem too get you down
Put a smile on your face and be thankful you're alive and still around

Life is a gift. Live it..enjoy it..celebrate it..and fulfill it..           
 

Tuesday, January 25, 2011

antara si langit dan si bumi~pelangi berlari

pelangi hadir hanya sesekali
tiada tenang si pelangi
mendongak mengejar si langit yang tiada bertepi
berusaha terbang tinggi dan tinggi lagi

namun si langit terus sepi
membiarkan pelangi terus melonjakkan diri
 untuk mendekati
usaha dan usaha lagi
tinggi dan tinggi lagi

si langit begitu luas pandangannya
sesekali memandang pelangi dan menyapa
cukup membuatkan pelangi gembira
namun si langit tidak menyedari
usaha pelangi untuk terbang tinggi
untuk menggapainya

si langit terus bebas berlari

hadir si bumi menyapa pelangi
terus memandang dan berharap pelangi berhenti 
tidak perlu terbang tinggi lagi
kerana bumi di sini setia menanti
menanti dan menanti
pelangi menyapa bumi

sesekali pelangi penat terbang tinggi
lalu menyapa si bumi
gembira si bumi di hati
berharap pelangi tidak perlu pergi lagi

sampai bila pelangi akan terus terbang tinggi
mengejar si langit yang tiada hujungnya
mungkin satu masa pelangi akan sedar
tingginya langit tiada bertepi
tiada hujungnya lagi

turunlah pelangi menyapa si bumi
jangan terlalu mendongak ke langit
sesekali sapalah si bumi yang setia menanti
terimalah si bumi dengan seikhlas hati
yang sedia menemani
bimbang pelangi penat terbang tinggi


Monday, January 24, 2011

sepikah dia?

sepikah sahabat saya itu? hampir 9 tahun saya cuba memahami perasaan seorang sahabat itu..sahabat yang saya kira sangat istimewa dalam hidup ini. saya mula mengenalinya ketika di matrikulasi. kami hanya rakan sekolej ketika itu. tidak berapa mengenali dengan rapat. namun, semuanya berubah ketika sama sama belajar di universiti. kebetulan pula kami berada dalam satu persatuan. lalu persahabatan kami terjalin dengan saat erat.

walaupun berlainan fakulti tapi kami selalu menghabiskan masa bersama. jarang sekali dia tidak di samping saya. kawan kawan saya adalah kawan kawannya juga. memang kami sentiasa bersama. dia sangat unik. sangat istimewa. tapi kami sangat berbeza. mungkin kerana perbezaan itu dia terlalu istimewa.

kenangan manis di universiti memang banyak bersamanya. namun sehingga kini saya belum dapat merasai apa yang dirasainya. tapi saya begitu bertuah kerana sayalah sabahabatnya.

sepikah dia? ketika dia mengambil keputusan yang sangta dalam hidupnya, saya tiada di sisinya untuk menemani sebab saya dikampung. cuti sebulan kerana 'chicken pox'. tiada sesiapa yang dapat memahaminya. walaupun saya. tapi sayalah yg paling memahaminya. dia begitu unik untuk difahami.

begitu padat dia menyimpan rahsia. tiada sesiapa dapat mengoreknya kecuali saya. sayang ketika saya mengetahuinya semuanya terlalu lewat.

sahabat, saya yakin ketika itu awak sedang resah di hati. namun tiada teman untuk berkongsi. lalu, keputusan berat itu diambil. saya tak salah kan awak. saya cuba faham walaupun sangat sukar. namun, saya tetap menyokong keputusan awak. cuma, saya tidak mahu awak berhenti di tengah jalan. awak seorang yg bijak. awak boleh berjaya. 

Alhamdulillah..sekarang sy bangga dengan awak. awak dah berjaya. walau awak masih sukar difahami. awak menghilangkan diri dari semua. tapi awak masih muncul di depan saya. 
tapi, hari ini..saya rasa saya dh mula faham kenapa awak mengambil keputusan sebegitu dahulu..bezanya selepas 9 tahun saya mula memahami. awak terlalu muda ketika itu untuk menghadapinya..

memang perit untuk awak hadapi ketika itu. saya tidak menyesal meredah negeri mencari awak di kampung halaman kerana sayang saya pada sahabat. saya tidak pernah menyesal mempunyai awak sebagai sahabat walaupun kekadang saya rasa penat untuk memahami awak.

awak sangat sepi ketika itu. tapi itulah takdir hidup. andai awak ada sekarang. saya ingin melabuhkan tirai air mata ini untuk awak. saya sangat rindu awak ketika ini. 

kepada sahabat baik saya Mazila Yusuf.. saya sangat rindu awak. hubungi saya kalau awak baca entry ni.

Friday, January 14, 2011

suara kalbu

terima kasih ats doa2 kalian..ingatan..email..sms..call..senyuman..dan segalanya hari ni..sy rasa sgt bahagia..walaupun sedikit cuak sehari sebelum bithday..sebb tinggal setahun jek lg nk melangkah ke angka 3..*sgt cuak actually..

doa dan nasihat kawan2 it juz a number..make me smile..betulla kan..usia tetap akn bertambah selagi kita hidup..cuma, apa kata kita berusaha menjaga dan meningkatan tahap kesihatan kita..kan :)

tapi doa paling banyak pasal jodoh..hurmm..terima kasih atas doa..semoga dipertemukan dgn jodoh yg sesuai..ameen n insyaAllah..ku hanya mampu berdoa..Dia yg tentukan segalanya..masa, di mana, dgn siapa..kita tidak pernah akn tahukan..

tapi bila mak mula berbicara pasal jodoh ni dan buat sy xsenang duduk..hati mula gelisah dan fikiran agak runsing..nasihat mak..sudahlah berkawan dgn ramai kawan2 lelaki..calonnya ada ke belum? cuba fokus pd seorang jek..serius dalam hubungan..hohoho...mak dh mula bersuara..sy ank yg taat..perlukah sy fokus? nk fokus mcm mana mak, adik pon xtau sape nk fokus..kawan2 memanglah ramai..tp kawanlah..xde papepon..huhu..

mcm mana tu..mak kata dh jgn berkawan dgn lelaki..mmg sy dh xde kawan lelaki..dulu masa aktif silat ramailah kawan2 lelaki..tp skrg masing2 dh kawen..dh bawa haluan masing..cuma sy masih ada abg shah, abg nasa, dan sape lagi ek..ntah..sekadar berhubung tanya khabar mmglah ramai..yg betul close xdelah mak ..jadi apa jawapan yg sepatutnya sy bagi pd mak? tapi mak nih mmg bijak bermain psikologi dgn ank bongsu beliau nih..sebb sy mengelak bila berbicara isu nih.. ;)

kalo ada kawan2 ajak dtg rumah..kenal2..erk..ank makpon xkenal mcm mana mak nk kenal..hahaha...tp dulu sy penah bgtau mak..mak jgn risau kalo ada calon nnt adek soh dia dtg meminang terus..xmao kawan lama2..hehhe...itukah doa???? yelah doa yg baikkn..kawan lama2 boleh undang dosa..lalai..dan leka..semoga Allah terus pelihara sy dr semua tu..InsyaAllah...

so mak, susah2 mak jelah carikan..hehehe.. ;)

Wednesday, January 12, 2011

salah siapa?

sejak akhir-akhir kita kerap komen generasi baru kurang adabnya..betulkah? sy memandang isu ni bukan untuk generasi baru tapi generasi yg hidup hari ini. tidak kiralah berapa usia kita..kanak-kanak, remaja, dewasa, atau dah senior lagi usianya..

ada 2 kes yg boleh kita fikir-fikirkan impaknya dalam generasi kita hari ini..

kes 1:

kes ni berlaku pada sy sendiri. bila, di mana dan melibatkan siapa tak perlulah didedahkan tp buat renungan bersama..

ketika nk masuk parking lot yg muat2 ruangnya untuk sebuah kereta. sebuah kereta di sebelah yg jauh lebih besar dan panjang saiznya dr myVi comel sy. kalau xsalah sebuah BMW. takut jugak terkena kereta sebelah jd sy dh rapatkn ke tiang sebelah driver. jadi perlu maju ke depan supaya pintu driver lepas untuk dibuka. 

tapi kelihatan pemandu kereta sebelah sedang leka membalas sms sambil pintu belakangnya terbuka. jadi sy tidak dapat majukan kereta dan terpaksa menunggu. kelihatan si empunya diri masih tidak berganjak walau hakikatnya mukanya bertentang dengan lampu depan myVi. mata dan tangannya terus menaip sms. xkan sy nk tekn hon pulakkn..kang terkejut plak. dgn suara yg agak sopan dan perlahan rakan sebelah sy memanggil si empunya diri utuk memberitahu kewujukan kami dan myVi di depannya.

kami masih menunggu...

si empunya masih tidak berganjak. kami hanya melihat gelagatnya..seoran gwanita dlm lingkungan usia 50an dan pastinya 'seseorang' sebab tgk pd keretanya. kemudian beliau terus menutup pintu dan berlalu pergi tanpa sedikitpun memberi reaksi kewujudan kami di hadapannya...apakah?

sy terfikir jika ianya berlaku di tempat parkir awam sekalipun, xsusah kiranya beliau hanya mengangkat kepala dan melihat ke arah kami dan buatlah apa2pun reaksi kepada kami dan myVi yg terpacak betul2 di depan beliau..(dan yg sedih ianya berlaku di tempat parking khas untuk staff sahaja!)
kami masih berfikir..agak2nya beliau nampak kami ke tidak?

kes 2:

berlaku dalam lif..ianya berlaku di hadapan kawan sy dalam kes 1 tadi. 

sepasang suami isteri yang kelihatan sedang memindah barang dan masuk ke dalam lif. seorang lelaki menekan button untuk memastikan pintu terus terbuka dan memberi ruang kepada pasangan terbabit. kawan saya hanya memerhati. kemudian sampai tingkat x, pasangan tersebut keluar lif dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki td sambil tersenyum. 'orang berbudi kita berbahasa'. lelaki tadi membalas senyuman.

kawan sy pun senyum sekali walau orang xsenyum kt dia. sungguh bersopan bukan?...

tiba-tiba anak lelaki tadi dalam lingkungan usia 5 atau 6 tahun bertanya kpd bapanya..'kenapa org tu cakap terima kasih?'

lelaki tu menjawab..'sebab awak sgt comel'..

apakah???? mesti si comel tu tersipu2 malukan sebab orang kata kata dia comel dgn menggunakan bahasa terima kasih..haih..tapi perasan tak apa kesannya kepada kanak itu? xsalah dan xsusahkan untuk lelaki tadi menjelaskan pada anaknya terima kasih adalah ucapan yg menunjukkan awak menghargai pertolongan atau kesudian seseorang untuk membantu..dan secara tak langsung anak itu dilatih untuk mengucapkan terima kasih. 

fikir-fikirkan dua kes yg berlaku..generasi muda bermasalah atau generasi kita yang bermasalah? jawapannya generasi yg sedang hidup sekarang sedang bermasalah...

cemin diri hiasi peribadi..jom kita sama2 perbaiki diri yg mana masih kurang...jangan lupa..senyum selalu

Monday, January 10, 2011

Layakkah aku...?


layakkah aku menggapai bintang di langit
mengimpikan bulan menemani malamku
mengharapkan pelangi menyapa selepas hujan di tengah hari
aku bukan insan sempurna
aku hanyalah insan biasa 

aku xbisa menjadi manusia sempurna
tapi aku berusaha untuk menjadi yg sebaiknya


bersyukur dengan apa yang ada
redha dengan apa yang tiada


hargailah apa yang ada
kelak kehilangannya xperlu ditangisi
pemergiannya tak perlu dikesali


luahkan apa yg kau rasa padanya
jangan biarkan hakmu pergi begitu sahaja
hanya kerana kau tidak menghargainya
lalu menyapa dan berkata
aku tidak layak buatnya


sedangkan engkau sendiri malu
mengorak langkah memilikinya
sesungguhnya ia tidak akan datang begitu sahaja
hadirnya bersama dugaan dan rintangan
supaya kehadirannya lebih dihargai
dan engkau akan berkata
aku bangga kerana adanya kamu disisi
bahagianya aku kerana memiliki


usah menghindar apa di depanmu
kerana engkau tidak pernah akan tahu 
adakah dia yang terbaikmu
hadapilah..hargailah..
andai ia milikmu pasti buatmu
jika tidak pasti ada yang lebih baik untukmu


masa depan adalah satu impian dan angan-angan
hari ini adalah kenyataan
semalam adalah kenangan

aturlah hidupamu sesuai dengan masa depan
hargailah hari ini kerana ia akan berlalu 
menjadi kenangan yang tidak mungkin kembali..

Friday, January 7, 2011

Sahabat Selamanya

untuk sahabat2..dulu kini dan selamanya..

sekali kita bersahabat adalah untuk selamanya
kunci persahabatan yg paling utama adalah keikhlasan dan kejujuran dari hati
kasih sayang untuk sahabat tidak pernah minta dibalas
itulah persahabatan untuk kekal selama2nya

sahabat yg baik adalah yg berkata benar denganmu
bukan yg membenarkan kata-katamu

titian sebuah persahabatan adalah kepercayaan
jangan sesekali merobohkannya
kerana ianya tidak mungkin dapat dibina semula seperti asalnya

sahabat dari hati
boleh menerima segala kekurangan diri
berusaha untuk saling melengkapi
************************************************************
tapi masih ada satu persoalan yg ingin diketahui
apakah beza antara kita
sahabat, teman, rakan, kawan, kawan baik, kenalan, ...?
bestnya berkawan zaman kanak2..main..main..main..berangan2 nk dewasa..masih ingat zaman kanak2..kawan2 yg sama2 main pondok2..goncang tin, aci nyorok, bola sepak (redah jek xkira lelaki ke perempuan), lumba basikal, dan macam2 la..selagi mak ayah xpanggil balik, memang xkan balik, leka bermain..kenangan manis yg masih buat sy tersenyum sampai hari ni..
sahabat zaman sekolah masih kekal sampai hari ni..tambah lagi dgn dunia fb..sy dapat cari kembali seorang teman yg terpisah sejak darjah 3. kami begitu akrab ketika itu tp bila dh jumpa kembali masing2 hanya tersenyum mengimbau kenangan lama..kekok kot sebab lama xjumpa..

sahabat zaman universiti..terlalu banyak yg kita kongsi..mungkin saat itu kita baru belajar melalui liku kehidupan..sahabatlah segalanya..dan kami berhubung sehingga sekarang..semoga persahabatan kita kekal abadi..

sahabat ketika dewasa..agak berbeza..masa yg dihabiskan bersama bukan lagi ukurannya sebab masing2 sibuk dengan kerjaya dan keluarga..tp kualiti masa yg dihabiskan sesekali berjumpa sangat berharga..walau sesekali kita bertanya khabar berita..tp ingatan dan cerita sentiasa up to date..sekali jumpa beratus2 Gigabyte nk dikeluarkan cerita..

saya bertuah memiliki anda semua sebagai sahabat dulu kini dan selamanya..kita tidak pernah berbeza tp keadaan dan masa yg sedang mencemburui kita..

semoga sahabat peneman hidup adalah sahabat yg paling bahagia hingga ke akhirnya..insyaAllah..

*xberani nk mention nama seorangpon sahabat sy kerana takut ada yg kecewa kalau tertinggal..ketahuilah anda semua istimewa dalam hidup sy..

Wednesday, January 5, 2011

Segenggam tabah

seseorang bersuara dgn nada yg bergetar..
'sy masih mampu berdiri kerana doa ibu dan demi anak2 saya'..
anda sedang diuji dgn dugaan yg berat sehinggakan ada pihak lain yg terasa beratnya 
bahu anda yg memikul ujian ini. 
tapi bersabarlah kerana anda sebenarnya seorang yg hebat! 

Allah tidak akan menguji anda jika anda tidak mampu. 
Yakinlah denganNya 
kerana pelangi tidak akan hadir tanpa titisan hujan..

kekadang kita di atas dan kekadang kita di bawah 
jangan sesekali terlupa 
itulah lumrah putaran kehidupan

segenggam tabah sematkanlah dihati
doa buat anda semoga tabah menghadapinya


Monday, January 3, 2011

Kebaikan dan keburukan muka buku

Hari ni kalau tanya setiap individu baik yang masih dalam alam persekolahan, kolej, universiti, kerja, pesara hampir 90% dah ada akaun muka buku. Kenapa ianya sangat penting ye? Sy adalah antara yg sangat aktif melayari muka buku. Tapi sejak akhir2 ni sy berfikir kebaikan dan keburukan muka buku ini dalam kehidupan harian.

Apakah kelebihan muka buku ni?
  1. menghubungkan kita dan teman2 dgn sangat mudah dan dpt mengetahui perkembangan kawan2 tanpa perlu keluarkan modal terutamanya kawan2 jauh 
  2. boleh menjejaki kenalan dan rakan2 yg telah lama terpisah
  3. mengeratkan hubungan dan mengenali seseorang individu melepasi sempadan benua
  4. mudah untuk berkongsi gambar (tag2 gambar)
  5. perbincangan topik yang menarik
  6. berkongsi link dan info yg berguna
Keburukan?
  1. leka
  2. isu yang kecil boleh jd besar dgn komen2 yg tidak rasional
  3. perang status
  4. terlalu mudah berkongsi hal yg agak sensitif dan tidak sesuai dibincangkn dgn umum
  5. fitnah cepat tersebar
ada lagi tak? itu saja yg dpt difikirkan..jadi sebenarnya bergantung pada individu..penggunaan medium komunikasi boleh memudahkan atau menimbulkan musibah. fikirlah sendiri..kepada pekerja2 pandai2lah peruntukkan masa untuk memebelek muka buku ketika bekerja. 
  • jgn terlalu leka
  • jangan publish status yg berunsur fitnah dan emosi atau menimbulkan keburukan kepada pihak lain
  • individu2 yg tidak terlibat dgn muka buku jgnlah menganggap semua yg aktif dgn buku muka ni leka. lihatlah hasil kerja mereka juga. bukan semua yg aktif tu tidak berkerja. contohnya, mereka tahu bila masa untuk reply komen dan update status. tapi ada juga yg sebaliknya.
  • tidak salah ada muka buku jika tahu batas dan natijahnya
 fikir-fikirkanlah...ianya satu kemudahan jika tahu guna tapi satu natijah jika salah guna.

    Sunday, January 2, 2011

    Tahun Baru 2011 @ 1432H

    Selamat Tahun Baru 2011..

    Bila fikirkan tentang tahun baru masing2 mengira usia yg bertambah setahun lagi..terutamanya kalau dh berusia lebih 25 tahun ke atas. pengiraan umur terlalu cepat berlalu. Bagi adik2 yg masih di alam persekolahan seperti tak sabar nk dewasa. nk masuk universiti dan mencapai cita-cita.. tapi bila semuanya dah berlalu kita mula menoleh ke belakang..bestnya kalau sy masih di alam persekolahan..dan mula berangan usia akan semakin muda.

    owh tidak! usia tidak akan bertambah muda. itu lumrah alam. kita akan dewasa dan semakin matang (*lebih lembut dari sebut semakin tua)..persiapkan diri menghadapinya..

    terimalah dgn positif. jangan toleh ke belakang dan merenung terlalu lama..bawalah sekali kenangan bersama ke hadapan..pikullah jika masih mampu dan lepaskanlah jika ianya membebankan.

    bersama datangnya tahun baru..teruskan azam yg belum tercapai. binalah azam baru sesuai dengan kematangan dan tingkatkan prestasi hidup. di hadapan sana akan terbentang kejayaan jika kita berusaha mencapainya..

    jom senaraikan azam tahun 2011. positifkan diri..cermin diri dan hiasi peribadi..azam bukan sekadar di atas kertas tapi sematkan diminda..tekadkan di hati..tawakal dan berusaha untuk mencapainya..insyaAllah..

    Semoga 2011 membawa kebahagiaan dan kejayaan kepada kita
    InsyaAllah
    All the best n smile always

    damai di hati


    mencari damai di hati
    seperti melihat pelangi selepas hujan
    boleh dinanti
    tapi tidak akan pasti 
    bilakah akan munculnya pelangi
    sabarlah menanti
    dan berdoa pada Ilahi
    kerana Dialah yg menguasai
    segenap alam ini
    D.A.M.A.I dicari
    Demi Allah yang Maha Agung..InsyaAllah

    Selamat Tahun Baru 2011

    Selamat Tahun Baru 2011
    Semoga menemui kebahagian dan kejayaan dan sentiasa diredhai Allah..InsyaAllah.

    jom kita tgk kemeriahan dan kecantikan Kuala Lumpur dari Menara Tinjau, Bukit Ampang, KL pada malam tahun baru (yg berbeza cumalah ada bunga api..jd sama jek pd malam2 biasa pun)

    Kula Lumpur @ night
     Plan nk ke Menara Tinjau ni timbul secara spontan setelah kekontangan idea dgn syud mana nk pergi membuang masa pd malam tahun baru 2011 dan kebetulan sy dan yaa mmg dh plan nk berjumpa 31 Dec. 2010. Dari Mahkota Cheras ke Menara Tinjau dalam 10-15min

    malam ni semua org nk untung..sampai parking pun nk untung..RM5 per entry..haih biasanya RM2 jek. kami sampai pukul 8.45mlm. masih ada space tp byk jg yg telah direserve.

    panorama restaurant
    susah kan nk pilih menu.. ;)
    susah betul nk pilih menu nk makan apa..sebb masih kenyang makan laksa penang special yaa..lagi satu sebb kenapa susah nk pilih sila lihat menu special mlm tahun baru nie..
    n part yg paling best~everyone is compulsory to order..*restaurant mcm nih pon ada..paksa rela..
    our dinner..tetibe teringin nk mkn kt chillies..
    untuk harganya~sgt tidak berbaloi
    tapi anggaplah u paid for the view

    nice view~KL sebelum tahun baru 2011

    tanpa tripod sangtlah susah nk amek gmbr~

    syud~
    sy bukan sdg berangan~
    sweet couple~yaa n piji
    kami gadiz merah n ungu~
    *syud nk tambah ke caption tu..haha...topic of the night mmg best..dilema hatiku..

    4 of us~
    mmg lama nk tunggu midnite..orang dh semakin penuh..nk tgk bunga api dr sini mmg cantik. tp btry cik oly dh nyawa2 ikn..haih..*confirm kn sauk kt kedai pasnih..plus lens pendek jd xdpt zoom jauh..tp view dr mata ttp ada dlm kepala dan hati
    ini jek yg dpt diambil sebb cik oly dh pengsan...
    sambutan di Bukit Ampang mmg meriah..tapi kepada yg nk menikmati pandangan KL sy cadangkan parkinglah di tepi2 jalan..dan nikmati view..sama je..cuma bezanya di sini selesa dan xda nyamuk..

    thank you to yaa n piji untuk penginapan plus layanan terbaik tuk kami berdua..hehe..
    s we plan sg gabai nnt ye..kita p berkelah ;)
    kena jumpe kerap sikit 2011 ni nnt xlupa jalan pegi rumah

    Selamat Tahun Baru kepada Syud, Yaa, n Piji
    Semoga 2011 membawa perubahan +ve dlm hidup kita semua

    InsyaAllah..jumpa lagi

    Saturday, January 1, 2011

    Broga

    Naik Bukit Broga pada 11Dec 2010 buat pertama kali dan InsyaAllah bukan yg terakhir :)
    Lokasi Bukit Broga di Semenyih Selangor
    Dari Cyber dan Dengkil sangat dekat..lebih kurang 20min driving tapi saya ke rumah kak zue dulu di Kelang sebb ada hidden agenda..hehehe...

    Kami (K.zue, fazli n me) gerak dari kelang dlm pukul 4.30am. Budget sampai di semenyih dan solat Subuh di Masjid dekat dengan simpang ke Broga
    di masjid kami jumpa dgn opismate kak zue dan sama2 hiking..

    semangat nih nk tgk puncak Broga dan nk menikmati panorama sunrise yg indah
    semangat..semangat..
    jom naik~
    Broga ada 4 puncak..sy tekad mao naik sampai atas..
    (*dlm kepala dah set awal2..mesti boleh! walau hakikatnya dh lama xhiking sebab xdapat restu dr kedua ibu bapa..kali ni mereka tak tahu..sy redah jugak sebb rindu sgt outdoor activity)

    berlagak macho~padahal nafas turun naik gak tu..hahaha...
    masa mendaki kpd yg pro dan tanpa henti lebih kurang 30min jek
    tapi untuk saya yg gila bergmbr mmg mengambil masa yg lama..pantang nampak angle yg best mesti berhenti..snap snap click click..jom..berhenti lagi..daki lagi..
    *mujur ada bodyguard yg setia menemani kerenah maksu dia ni..haha..
    wiv dear nephew@bodyguard~fazli
    sunrise yg D.A.M.A.I

    pagi Sabtu mmg org sgt ramai..sampaikn kena tunggu org nk nk naik n turun
    tp sy redah jek bergmbr..pe slhnye gmbr diorg masuk sekali kn..the more d merrier..hehehe..

    dah sampai puncak 1 dan 2




    di puncak 3 kn tunggu turn sebab ramai orang yg nak memnjat batu ke puncak..
    jom possing lg ;)


    sikit lg dh nk sampai daaa~
    suka sgt gmbr ni~
    akhirnya dah sampai..tapi sangat ramai..nk amek gmbr pon kn beratur..huhu..

    di puncak Broga

    berjaya!
    berjaya sampai ke puncak Broga
    ketinggian 400m

    dah puas bergambar dan lepak2..jom turun
    on d way turun, kami masih aktif bergambar

    jom turun~

    Bukit Broga
    dan last sekali bila dah sampai di ladang getah

    tamat sesi bergambar sebb baterypun dh abes..

    thank to all n nice to meet you :)

    Pre Medical Students Conference 2010

    Date : 19 Dec 2010
    Time : 8.00am - 6.00pm
    Venue : Prince Court Medical Centre (PCMC)

    Pre Medical Students Conference was organized by students from Kolej Mara Banting and supported by MARA and PCMC. Penang Medical College(PMC) and CUCMS were sponsored the conference and in returned 5places for CUCMS students.

    It was very good conference because the participants (pre medical students) were exposed to the real view to be a doctor and it was very motivated. 

    and I still remember this 3 reminders from one of the medical consultant
    'don't smoke..eat right..exercise'
    3 students n 2 lecturers

    d model between CUCMS n PMC buntings~

    CUCMS bunting in between 'pokok kelapa'

    with d PMC representative
    @@@### PCMC is 6* medical centre (it belong to PETRONAS)..masuk2 jek dh confuse hotel ke hospital..