Selamat Tahun Baru 2011..
Bila fikirkan tentang tahun baru masing2 mengira usia yg bertambah setahun lagi..terutamanya kalau dh berusia lebih 25 tahun ke atas. pengiraan umur terlalu cepat berlalu. Bagi adik2 yg masih di alam persekolahan seperti tak sabar nk dewasa. nk masuk universiti dan mencapai cita-cita.. tapi bila semuanya dah berlalu kita mula menoleh ke belakang..bestnya kalau sy masih di alam persekolahan..dan mula berangan usia akan semakin muda.
owh tidak! usia tidak akan bertambah muda. itu lumrah alam. kita akan dewasa dan semakin matang (*lebih lembut dari sebut semakin tua)..persiapkan diri menghadapinya..
terimalah dgn positif. jangan toleh ke belakang dan merenung terlalu lama..bawalah sekali kenangan bersama ke hadapan..pikullah jika masih mampu dan lepaskanlah jika ianya membebankan.
bersama datangnya tahun baru..teruskan azam yg belum tercapai. binalah azam baru sesuai dengan kematangan dan tingkatkan prestasi hidup. di hadapan sana akan terbentang kejayaan jika kita berusaha mencapainya..
jom senaraikan azam tahun 2011. positifkan diri..cermin diri dan hiasi peribadi..azam bukan sekadar di atas kertas tapi sematkan diminda..tekadkan di hati..tawakal dan berusaha untuk mencapainya..insyaAllah..
Semoga 2011 membawa kebahagiaan dan kejayaan kepada kita
InsyaAllah
All the best n smile always
No comments:
Post a Comment