sejak akhir-akhir kita kerap komen generasi baru kurang adabnya..betulkah? sy memandang isu ni bukan untuk generasi baru tapi generasi yg hidup hari ini. tidak kiralah berapa usia kita..kanak-kanak, remaja, dewasa, atau dah senior lagi usianya..
ada 2 kes yg boleh kita fikir-fikirkan impaknya dalam generasi kita hari ini..
kes 1:
kes ni berlaku pada sy sendiri. bila, di mana dan melibatkan siapa tak perlulah didedahkan tp buat renungan bersama..
ketika nk masuk parking lot yg muat2 ruangnya untuk sebuah kereta. sebuah kereta di sebelah yg jauh lebih besar dan panjang saiznya dr myVi comel sy. kalau xsalah sebuah BMW. takut jugak terkena kereta sebelah jd sy dh rapatkn ke tiang sebelah driver. jadi perlu maju ke depan supaya pintu driver lepas untuk dibuka.
tapi kelihatan pemandu kereta sebelah sedang leka membalas sms sambil pintu belakangnya terbuka. jadi sy tidak dapat majukan kereta dan terpaksa menunggu. kelihatan si empunya diri masih tidak berganjak walau hakikatnya mukanya bertentang dengan lampu depan myVi. mata dan tangannya terus menaip sms. xkan sy nk tekn hon pulakkn..kang terkejut plak. dgn suara yg agak sopan dan perlahan rakan sebelah sy memanggil si empunya diri utuk memberitahu kewujukan kami dan myVi di depannya.
kami masih menunggu...
si empunya masih tidak berganjak. kami hanya melihat gelagatnya..seoran gwanita dlm lingkungan usia 50an dan pastinya 'seseorang' sebab tgk pd keretanya. kemudian beliau terus menutup pintu dan berlalu pergi tanpa sedikitpun memberi reaksi kewujudan kami di hadapannya...apakah?
sy terfikir jika ianya berlaku di tempat parkir awam sekalipun, xsusah kiranya beliau hanya mengangkat kepala dan melihat ke arah kami dan buatlah apa2pun reaksi kepada kami dan myVi yg terpacak betul2 di depan beliau..(dan yg sedih ianya berlaku di tempat parking khas untuk staff sahaja!)
kami masih berfikir..agak2nya beliau nampak kami ke tidak?
kes 2:
berlaku dalam lif..ianya berlaku di hadapan kawan sy dalam kes 1 tadi.
sepasang suami isteri yang kelihatan sedang memindah barang dan masuk ke dalam lif. seorang lelaki menekan button untuk memastikan pintu terus terbuka dan memberi ruang kepada pasangan terbabit. kawan saya hanya memerhati. kemudian sampai tingkat x, pasangan tersebut keluar lif dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki td sambil tersenyum. 'orang berbudi kita berbahasa'. lelaki tadi membalas senyuman.
kawan sy pun senyum sekali walau orang xsenyum kt dia. sungguh bersopan bukan?...
tiba-tiba anak lelaki tadi dalam lingkungan usia 5 atau 6 tahun bertanya kpd bapanya..'kenapa org tu cakap terima kasih?'
lelaki tu menjawab..'sebab awak sgt comel'..
apakah???? mesti si comel tu tersipu2 malukan sebab orang kata kata dia comel dgn menggunakan bahasa terima kasih..haih..tapi perasan tak apa kesannya kepada kanak itu? xsalah dan xsusahkan untuk lelaki tadi menjelaskan pada anaknya terima kasih adalah ucapan yg menunjukkan awak menghargai pertolongan atau kesudian seseorang untuk membantu..dan secara tak langsung anak itu dilatih untuk mengucapkan terima kasih.
fikir-fikirkan dua kes yg berlaku..generasi muda bermasalah atau generasi kita yang bermasalah? jawapannya generasi yg sedang hidup sekarang sedang bermasalah...
cemin diri hiasi peribadi..jom kita sama2 perbaiki diri yg mana masih kurang...jangan lupa..senyum selalu
No comments:
Post a Comment