Monday, January 10, 2011

Layakkah aku...?


layakkah aku menggapai bintang di langit
mengimpikan bulan menemani malamku
mengharapkan pelangi menyapa selepas hujan di tengah hari
aku bukan insan sempurna
aku hanyalah insan biasa 

aku xbisa menjadi manusia sempurna
tapi aku berusaha untuk menjadi yg sebaiknya


bersyukur dengan apa yang ada
redha dengan apa yang tiada


hargailah apa yang ada
kelak kehilangannya xperlu ditangisi
pemergiannya tak perlu dikesali


luahkan apa yg kau rasa padanya
jangan biarkan hakmu pergi begitu sahaja
hanya kerana kau tidak menghargainya
lalu menyapa dan berkata
aku tidak layak buatnya


sedangkan engkau sendiri malu
mengorak langkah memilikinya
sesungguhnya ia tidak akan datang begitu sahaja
hadirnya bersama dugaan dan rintangan
supaya kehadirannya lebih dihargai
dan engkau akan berkata
aku bangga kerana adanya kamu disisi
bahagianya aku kerana memiliki


usah menghindar apa di depanmu
kerana engkau tidak pernah akan tahu 
adakah dia yang terbaikmu
hadapilah..hargailah..
andai ia milikmu pasti buatmu
jika tidak pasti ada yang lebih baik untukmu


masa depan adalah satu impian dan angan-angan
hari ini adalah kenyataan
semalam adalah kenangan

aturlah hidupamu sesuai dengan masa depan
hargailah hari ini kerana ia akan berlalu 
menjadi kenangan yang tidak mungkin kembali..

4 comments:

  1. tapi kadang-kadang untuk hidup,

    kita perlu melangkah, tanpa menoleh ke belakang :)

    ReplyDelete
  2. melangkah bersama kenangan hidup..ke depan..galaslah kenangan selagi mampu..andai terlalu berat lepaskan ianya perlahan2..supaya xterkilan :)

    ReplyDelete
  3. puisi cipta sendiri ke? hakmilik terpelihara x ni

    ReplyDelete
  4. dr pemerhatian terciptalah ia..hehehe..kalo bermint sila2 copy jek xpa ;)

    ReplyDelete