untuk sahabat2..dulu kini dan selamanya..
sekali kita bersahabat adalah untuk selamanya
kunci persahabatan yg paling utama adalah keikhlasan dan kejujuran dari hati
kasih sayang untuk sahabat tidak pernah minta dibalas
itulah persahabatan untuk kekal selama2nya
sahabat yg baik adalah yg berkata benar denganmu
bukan yg membenarkan kata-katamu
titian sebuah persahabatan adalah kepercayaan
jangan sesekali merobohkannya
kerana ianya tidak mungkin dapat dibina semula seperti asalnya
sahabat dari hati
boleh menerima segala kekurangan diri
berusaha untuk saling melengkapi
************************************************************
tapi masih ada satu persoalan yg ingin diketahui
apakah beza antara kita
sahabat, teman, rakan, kawan, kawan baik, kenalan, ...?
bestnya berkawan zaman kanak2..main..main..main..berangan2 nk dewasa..masih ingat zaman kanak2..kawan2 yg sama2 main pondok2..goncang tin, aci nyorok, bola sepak (redah jek xkira lelaki ke perempuan), lumba basikal, dan macam2 la..selagi mak ayah xpanggil balik, memang xkan balik, leka bermain..kenangan manis yg masih buat sy tersenyum sampai hari ni..
sahabat zaman sekolah masih kekal sampai hari ni..tambah lagi dgn dunia fb..sy dapat cari kembali seorang teman yg terpisah sejak darjah 3. kami begitu akrab ketika itu tp bila dh jumpa kembali masing2 hanya tersenyum mengimbau kenangan lama..kekok kot sebab lama xjumpa..
sahabat zaman universiti..terlalu banyak yg kita kongsi..mungkin saat itu kita baru belajar melalui liku kehidupan..sahabatlah segalanya..dan kami berhubung sehingga sekarang..semoga persahabatan kita kekal abadi..
sahabat ketika dewasa..agak berbeza..masa yg dihabiskan bersama bukan lagi ukurannya sebab masing2 sibuk dengan kerjaya dan keluarga..tp kualiti masa yg dihabiskan sesekali berjumpa sangat berharga..walau sesekali kita bertanya khabar berita..tp ingatan dan cerita sentiasa up to date..sekali jumpa beratus2 Gigabyte nk dikeluarkan cerita..
saya bertuah memiliki anda semua sebagai sahabat dulu kini dan selamanya..kita tidak pernah berbeza tp keadaan dan masa yg sedang mencemburui kita..
semoga sahabat peneman hidup adalah sahabat yg paling bahagia hingga ke akhirnya..insyaAllah..
*xberani nk mention nama seorangpon sahabat sy kerana takut ada yg kecewa kalau tertinggal..ketahuilah anda semua istimewa dalam hidup sy..

No comments:
Post a Comment