terima kasih ats doa2 kalian..ingatan..email..sms..call..senyuman..dan segalanya hari ni..sy rasa sgt bahagia..walaupun sedikit cuak sehari sebelum bithday..sebb tinggal setahun jek lg nk melangkah ke angka 3..*sgt cuak actually..
doa dan nasihat kawan2 it juz a number..make me smile..betulla kan..usia tetap akn bertambah selagi kita hidup..cuma, apa kata kita berusaha menjaga dan meningkatan tahap kesihatan kita..kan :)
tapi doa paling banyak pasal jodoh..hurmm..terima kasih atas doa..semoga dipertemukan dgn jodoh yg sesuai..ameen n insyaAllah..ku hanya mampu berdoa..Dia yg tentukan segalanya..masa, di mana, dgn siapa..kita tidak pernah akn tahukan..
tapi bila mak mula berbicara pasal jodoh ni dan buat sy xsenang duduk..hati mula gelisah dan fikiran agak runsing..nasihat mak..sudahlah berkawan dgn ramai kawan2 lelaki..calonnya ada ke belum? cuba fokus pd seorang jek..serius dalam hubungan..hohoho...mak dh mula bersuara..sy ank yg taat..perlukah sy fokus? nk fokus mcm mana mak, adik pon xtau sape nk fokus..kawan2 memanglah ramai..tp kawanlah..xde papepon..huhu..
mcm mana tu..mak kata dh jgn berkawan dgn lelaki..mmg sy dh xde kawan lelaki..dulu masa aktif silat ramailah kawan2 lelaki..tp skrg masing2 dh kawen..dh bawa haluan masing..cuma sy masih ada abg shah, abg nasa, dan sape lagi ek..ntah..sekadar berhubung tanya khabar mmglah ramai..yg betul close xdelah mak ..jadi apa jawapan yg sepatutnya sy bagi pd mak? tapi mak nih mmg bijak bermain psikologi dgn ank bongsu beliau nih..sebb sy mengelak bila berbicara isu nih.. ;)
kalo ada kawan2 ajak dtg rumah..kenal2..erk..ank makpon xkenal mcm mana mak nk kenal..hahaha...tp dulu sy penah bgtau mak..mak jgn risau kalo ada calon nnt adek soh dia dtg meminang terus..xmao kawan lama2..hehhe...itukah doa???? yelah doa yg baikkn..kawan lama2 boleh undang dosa..lalai..dan leka..semoga Allah terus pelihara sy dr semua tu..InsyaAllah...
so mak, susah2 mak jelah carikan..hehehe.. ;)
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
ReplyDeleteMaka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.

terima kasih abg nasa...hehe..insyaAllah..akan dijadikan panduan hidup :)
ReplyDeletedoakan ye...yg terbaek untuk adek abg sorg nih..hehehe....
Seronok bace pandangan abg nasa.... :)
ReplyDeleteLeh amek utk pujuk ati.. leh taw akk fazilah... :)