Monday, February 27, 2012

Keindahan Petang

Banyak perkara yang hendak dikongsi. Tapi tidak semua mampu saya coretkan di sini. Jadi sekali pandang sekadarnya sahaja.

Semangat untuk berjogging petang tadi berapi api walaupun awan hitam berarak laju menuju ke Cyberjaya. Cepat cepat salin baju sekurang kurangnya sempat  2 3 pusingan. Target saya pada petang tadi adalah 40minit jogging tanpa henti. Tapi..

Baru habis 2 pusingan guruh dah mula berdentum. Masing masing dah mula mengubah langkah ke kenderaan masing masing. Saya?

Teringin sangat nak main hujan. Rasa nak teruskan niat jogging dalam hujan. Tapi bila memikirkan CCB akan turut basah nanti saya batalkan niat tersebut dan berlindung di pondok yang disediakan sambil bersenam setempat. Tapi niat saya tadi bukanlah tidak waras. Ada juga yang meneruskan berjogging dalam hujan lebat. Macam best dan saya yakin memang best.


Hujan tak lama. Dalam 15 minit hujan dah seriat. Saya meneruskan larian. Dapat jugalah 4 pusingan. Harap- harap terbakarlah lemak saya. (nak bakar kalori makan aiskrim).

Sedang menuju ke kereta, saya terpukau dengan biasan cahaya ke dalam tasik. Lalu meneruskan minat pada faziphotoS. Walaupun hanya menggunakan T700 saya yakin, keindahan foto foto indah wajar saya kongsikan buat semua. 



Tiada kata kata dapat diungkap melainkan SUBHANALLAH...SUBHANALLAH..SUBHANALLAH..
Indah.. Rupanya mentari yang terbenam selepas hujan sungguh indah. Indah tersangatlah indah..

Saya mengelamun sendiri. Sambil memanjat syukur pada Ilahi. Tidak sedikitpun saya rugi beriadah di petang hari. Jika saya masih dalam kabin mengadap skrin atau di rumah mengadap dinding dan katil, saya tidak akan dapat menikmati keindahan itu. Walaupun sendirian, keindahan itu terpahat di hati memberi senyuman yang penuh kedamaian.

Indahnya alam ciptaan Ilahi..Semoga esok hadir dan akanku menemanimu di sisi..

Sunday, February 26, 2012

Gaya Hidup Sihat: Mari Berjogging

Apabila diajak berjogging apakah reaksi anda?

Alah seganlah sorang sorang...
Tak sempatlah..
Tak da masa lah..
Sibuklah..

Apa apapun alasan anda..

terus terang saya katakan berjogging memang best terutamanya jika kawasan berjogging itu terletak ditepi tasik dan kita berjogging mengelilingi tasik. Angin sepoi sepoi bahasa memang mendamaikan. Lebih indah jika dapat menyaksikan matahari terbenam. Jika lebih sehari saya tidak ke sana pasti sangat merindui. Sehingga sanggup hujung minggupun bersemangat ke sana. Eh lupa ke sana tu kemana? ke CYBERPARK. 

Jom lihat foto foto indah di cyberpark. (kualiti gambar daripada handphone T700 3.2 mp)

 Sunset

 Tenang

Saya sangat bertuah berada di Cyberjaya. Kawasannya tenang..Tapi kekadang saya menjadi sangat geram dengan perokok perokok yang 'sengal' merokok di kawasan taman atas track jogging. Memang sangat sakit hati!

Antara pencemar pencemar udara di Cyberpark.
Gambar bergegar sebab saya sedang jog ketika itu. Dengan hati yang sangat sakit!
Cantikkan keindahan Cyberpark. Tapi tidaklah bermakna jika kawasan anda tidak ada tasik dan taman yang indah seperti Cyberpark maka terasa kekurangan dan menjadi penyebab tidak mahu berjogging. Tidak. Tidak. Tapi jika ada kawasan seperti Cyberpark di tempat anda, rugilah kiranya jika mengabaikannya. 

Namun kepada wanita wanita yang sedang 'survey' kawasan untuk berjogging, sila pastikan kawasan tersebut 'confirm' selamat. Keselamatan itu juga sangatlah penting. Pastikan kawasan tersebut bukanlah kawasan sunyi. Lebih baik jika ada pengawal keselamatan. 

Ok, berbalik kepada kelebihan berjogging. Kenapa jogging itu senaman yang baik untuk kesihatan? Jogging adalah antara senaman yang mudah tapi kelebihannya sangatlah banyak. Antaranya secara ringkas.
  1. 'better energy = better performance = better results = better life'
  2. 'healthy state of mind' - kurangkan stress
  3. 'improve blood circulation' - kekuatan jantung
  4. 'effective fat burning' - pembakaran lemak
Penjelasan terbaik tentang kelebihan berjogging klik di sini.

Jogging secara konsisten 3 -4 kali seminggu dan rasailah kelebihannya. InsyaAllah..

'The hardest thing about exercise is to doing it. Once you are doing exercise regularly, the hardest thing is to stop it'
-Erin Gray-


No wonder sekarang saya dah tak heran jogging sorang sorang setiap hari dengan ditemani teman terbaik saya. Bila bila masa sahaja Mr T700.


Saturday, February 25, 2012

sport day CUCMS 2012

Sport Day CUCMS opening and closing ceremony on 25 Feb 2012.

I did not join anything, but I became an enthusiastic supporter. Hehehe..boleh..yeahhh..









Wednesday, February 22, 2012

Jalan yang dipilih

Wahh tajuk.
Apa yang kalian faham tentang memilih jalan? Jalan kat sini bukanlah jalan tar, jalan raya dan jalan jalan. Tapi hala tuju masa depan.
Semoga memilih jalan terbaik 



Serius bukan mudah hendak membuat pilihan dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Kita tidak pernah akan tahu apa yang ada di depan. Yang sedang menanti kita. Cuba lihat perjalanan hidup kita selama ini, mudah, sukar, lancar, terlalu banyak liku liku dan bermacam ragam dan pengalaman yang kita lalui untuk melihat siapa kita pada hari ini.

Setiap apa yang jua yang berlaku adalah pengalaman yang cukup berharga dalam hidup kita. Lalu harus bagaimana kita membuat pilihan itu?

Jika diambil mudah, takut pula salah memilih. Jika terlalu memilih risau pula terlepas segalanya. Kalau tak pilih pula, tiada apa apa. Mungkin sendiri rugi.


Hidup ini kena bijak mengambil peluang dan memilih. Namun kita perlu yakin apa jua yang berlaku adalah ketentuan Yang Esa yang telah ditakdirkan buat kita. Terima dengan redha setelah berusaha sedaya upaya  untuk menghadapinya dan berikhtiar. Letakkan segala harapan dan perancangan dalam ketentuan Dia kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. InsyaAllah..

 Saya sendiri terlalu banyak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Sedangkan yang berada di dalam genggaman juga pernah dilepaskan. Kekadang terbit rasa menyesal melepaskannya namun pasti ada hikmahnya kerana ia telah berlalu. Saya yakin dengna keputusan itu kerana saya meletakkannya dalam ketentuan Ilahi. Dan apa yang berlaku pasti itu yang terbaik buat saya ketika itu.

Saya sangat berharap ada peluang kedua buat diri ini. Namun, pengalaman lalu mematangkan diri dan perlu berhati hati dalam membuat keputusan. Sekarang saya sedang berusaha untuk mendapatkan peluang kedua itu. Semoga ada rezeki itu buat saya.

Eh..lupa hendak 'mentionkan' apakah itu. Jangan fikir bukan bukan. Tidak ada kaitan dengan siapa siapa melainkan diri saya sendiri. Saya sedang mengejar peluang kedua untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Tapi buat masa ini, belum ada rezeki dan belum cukup berani. Namun, bila difikir kembali sampai bila. Terlalu lama saya berada dalam mod sepi dan tenang. Kekadang bosan jua dan rindu zaman tidak cukup kaki dan tangan dulu. Sekarang sampai golek golek bosan tidak tahu hendak buat apa. 

Dari dulu hingga sekarang, 'passion' saya dalam bidang penyelidikan sangat tinggi. Namun, ada perasaan tidak berapa yakin dengan diri. Jadi, saya selalu buat 'research' tentang hal hal yang berkaitan dengan diri sendiri sahaja.

Contoh pencapaian peribadi yang tidak pernah direkodkan di mana mana. Hanya atas kertas dan ruangan peribadi. Saya telah mencipta plan penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah hutang yang melibatkan sejumlah wang yang agak besar bagi saya. RM 12k itu besar bukan untuk orang biasa seperti saya. Pelan tersebut dihasilkan dengan usaha siang dan malam mencari maklumat dari melakukan 'survey' orang orang terdekat, sumber sumber data dari statistik bank negara, blog blog penulisan yang ilmiah dan banyak lagi laman laman web yang dijejaki. Lalu terhasillah satu plan perancangan yang mempu memberikan keuntungan di samping dapat menyelesaikan masalah kewangan tersebut dalam tempoh masa kurang 3 bulan. Alhamdulillah..

Antara pencapaian peribadi yang lain adalah boleh dilihat pada entri entri sebelum ini. Saya begitu komited menjalankan 'research' tentang kalori dan penurunan berat badan. Ini belum lagi dikategorikan sebagai berjaya kerana tarikh penyelidikan ini berakhir pada 3 September 2012. Hehehehe...

Bukankah saya berjiwa penyelidik? Hehehehe

Lalu bakat itu, ingin saya ketengahkan dengan berbekalkan ijazah sarjana muda dalam bidang pemodelan matematik yang sangat sangat diminati. Dah lama dah saya memendam bakat ini untuk diri sendiri jadi tibalah masanya untuk saya kongsikan dengan memberi faedah kepada agama, bangsa, dan negara. InsyaAllah..doakan kejayaan saya.

Antara perkara yang ingin syaa ketengahkan juga adalah bidang kerja yang berkaitan dengan sains perubatan dan minat dalam pengaturcaraan.
Lebih kurang beginilah, 
Sains kesihatan --> pemodelan matematik ---> pengaturcaraan ---> aplikasi komputer ---> hasilnya BOMBOMBOM eh bukan BOM tapi meletuplah!

Ok itu mod saya meletakkan angan angan dalam blog pada malam ini kerana saya ingin angan angan ini menjdi kenyataan. Semoga ada super super visor yang sudi menerima student osem macam saya. Terimalah terimalah kerana tuan tidak akan rugi. Tak percaya tanya Dr GOH. Rindunya pada Dr Goh. 'Dr Goh how are you?'

Semoga tercapai impian yang tersimpan lebih 10 tahun yang lalu (dah jadi jeruk kot)

Selamat Malam!

Monday, February 20, 2012

DIET: Sumber makanan yang penting dalam kesihatan

Selain dari pengiraan kalori, makanan makanan kesihatan juga sangat penting dalam diet dan menu seharian. Tujuannya bukanlah untuk berat semata mata tapi lebih kepada sumber kesihatan yang lebih baik. 

Pernah tak dengar istilah, penyakit berpunca dari perut?

Itu bermakna dari apa yang dimakan sehari hari. Dari kecik hinggalah hari ini. Jika toksin dah bersarang dalam  badan memanglah susah dan akan terkelihatan kesannya kepada kulit dan kesihatan tubuh seperti sakit kepala,  kesihatan kulit yang terganggu seperti kulit kusam, masalah usus dan perut, dan macam macam lagi.

Makanan makanan yang memberikan nutrien dan boleh membantu mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik akan sy bincangkan di sini. Alhamdulillah sy juga sedang mengamalkannya. Kesannya telah dapat sy rasakan. Cuma kena ingat hasilnya bukan boleh dilihat serta merta. Kena amalkan dan yakin dengan keberkesanannya kerana Allah. InsyaAllah.

1) Minum 4 gelas (160ml x 4) air suam selepas bangun tidur dengan serta merta
4 x 160ml air kosong @ suam
  • Buka mata regangkan badan dan capailah segelas demi segelas air suam sehinggalah 4 gelas (pastikan minum sambil duduk ye bukan dalam keadaan berbaring atau berdiri). Mungkin bukan mudah untuk diamalkan oleh anda tapi cubalah setiap hari dengan menambahkan kuantitinya sehingga 4 gelas air sebelum basuh muka dan gosok gigi.
  • Ingin tahu rasionalnya? Minum air setelah bangun tidur akan
    • memberi tenaga
    • mulakan rehidrasi tubuh
    • membantu menurunkan berat 
         (maklumat sokongan: boleh baca di sini)
  • Kelebihan-kelebihan lain yang dikenalpasti (menurut teori jepun) ialah mampu menjadi penawar bagi penyakit penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang, muntah-muntah, kanser dan gangguan haid, hidung telinga, dan penyakit tekak.
  • Sy ambil 3 gelas air kosong + 1 gelas air suam yang dicampur dengan 2 sudu madu lebah.
2) Madu lebah
Banyak jenis madu yang boleh didapati di Malaysia ni. 
Tapi saya memilih madu versi kampung yang lebih sedap dan murah.
Sebulan sebotol RM 18-RM25 bergantung kepada jenis dan saiz botol :)
  • Pasti sedia maklum kelebihan madu lebah. Seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl :ayat 69)
 "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".
  • Khasiat madu terlalu banyak untuk ditulis. Sedikit khasiat yang mampu sy kongsi.
    • Menurut penelitian Ibnu Sina:
      • menyembuhkan perlbagai penyakit ringan dan berat seperti tekanan darah tinggi dan jantung
      • menurunkan suhu badan untuk penyakit demam
      • madu dan minyak zaitun boleh menegangkan kulit muka dan seluruh kulit badan serta menghaluskan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah juga memberikan vitamin pada kulit dan melembapkannya
      • menghilangkan bau badan yang tidak enak
  • Kelebihan madu terbukti dalam Al-Quran, mengapa tidak kita amalkan dan yakin dengan khasiatnya. Alhamdulillah, tidak lengkap rasanya pagi saya tanpa 2 sudu madu lebah. Jika hendak detox dan buat kelainan bolehla perahkan lemon sekali. Sedap!
3) Segelas susu rendah lemak + 3 sudu oat
segelas susu anelene coklat + 3sudu oat sungguhla lazat dan kenyang :)
110kcal/gelas
  • Ini adalah menu sarapan pagi sy. Tapi sy tetap nak berkongsi khasiatnya. 
  • Sy minum segelas susu anelene coklat sebagai sarapan harian. Susu amatlah penting untuk kesihatan tulang. Almaklumlah, usia semakin dewasa komposisi dan kepadatan tulang semakin berkurangan. InsyaAllah sy memastikan mengambil sekurang kurangnya segelas susu setiap hari. Biasanya sy ambil pagi dan malam. 
  • 3 sudu oat ditambah dalam segelas susu anelene untuk memberi kekenyangan di samping khasiat oat yang baik untuk jantung.
4) Buah tin
Sy beli secara kilo di chowkit RM 30/kg
70 kcal /100g
  • Khasiat buah tin juga sangatlah banyak terutamanya untuk kesihatan perut dan usus kerana kandungan serat dan nutrisinya. Buah tin kering lebih tinggi khasiatnya kerana termampat dan padat. Rasanya manis dan sangat sedap. 
  • Sy sendiri baru sebulan mengamalkan mengambil 3 biji buah tin kering yang direndam dengan segelas air. Rasanya sungguh sedap. Sy amalkan 1-2kali sehari. Dan kesannya..subhanallah. Kena rasa sendiri.
  • Allah bersumpah demi buah tin dan surah attin.
سُوۡرَةُ التِّین

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيۡتُونِ (١) وَطُورِ سِينِينَ (٢) وَهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٱلۡأَمِينِ (٣) لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤) ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ (٥) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬ (٦) فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعۡدُ بِٱلدِّينِ (٧) أَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَحۡكَمِ ٱلۡحَـٰكِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (8)


  • Riwayat dari Abu Zar r.a bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nasi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Baginda turut sama makan. Kemudian baginda bersabda: 'Kalau aku katakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu, makanlah buah ini. Susungguhnya ia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit sakit badan'.
  • Kebetulan ketika baru amalkan makan buah tin, ustaz pun memilih surah ini untuk dibincangkan dalam kelas tafsir ke 16. Sy dan k.dila(baru join buat pertama kali) hanya tersenyum bersyukur ketika itu. Alhamdulillah dapat memahami keseluruhan ayat dan bukan hanya buah tin dan zaitun. :) Di sini saya share video kelas tafseer ke 16.


  • Subhanallah khasiat buah ini dan sy baru mengamalkannya lebih kurang sebulan yang lalu (sebelum ini tercari cari makanan terbaik untuk perut dan usus rupanya inilah dia). Terima kasih kepada housemate k.dila tolong belikan buah tin untuk sy. 
5) Teh Hijau
Montea teh hijau stevia boleh didapati di Giant dgn harga RM 11.90 (20 uncang)
Hanya 2kcal setiap uncang :)
  • Dalam banyak banyak teh hijau sy paling suka jenama ni. Murah dan sedap. Boleh didapati di Pasaraya Giant. Rasanya manis semulajadi dari daun stevia. Kesan manis akan tertinggal di lidah. Sedap. Setiap hari (sekurang-kurangnya sekali) sy akan menikmati teh hijau. Biasanya diambil selepas makan tengah hari. Lepas makan tengah hari, cuba elakkan ambil ais sebaliknya minumlah teh hijau panas. Lepas habis secawan tambah air panas lagi dan lagi sehinggalah tiada lagi warna hijau yang keluar (tips berjimat). Uncangnya jangan dibuang tapi boleh dibuat pencuci muka. Tonyoh muka dengan uncang teh hijau. Anda boleh lihat kesannya pada kulit muka. Bukan main main tau, sy memang amalkan hampir setiap hari.Kulit muka kurang berminyak dan white head akan berkurangan (hampir tiada).
  • Mari kita selidik apakah khasiat teh hijau.
    • membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • membantu mengawal paras gula dalam darah
    • membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • menguatkan sistem imun
    • menurunkan paras kolestrol
    • menggalakkan pembakaran lemak

6) Minyak Zaitun
pastikan sentiasa ada di dapur kita
  • Buah zaitun juga antara buah yang Allah bersumpah dalam Al-Quran. (Boleh refer surah at-tin di atas).
  • Setiap kali makan ulam atau buat salad, cuba amalkan letak minyak zaitun. Ianya akan menambah rasa manis makanan tersebut. Lagipun khasiat minyak zaitun kan banyak. Terima kasih kepasa ex housemate yang tinggalkan minyak zaitun untuk saya. :)
  • Khasiat minyak zaitun:
    • cegah darah beku
    • mengurangkan risiko kanser
    • meningkatkan metabolisme
    • melambatkan proses penuaan
    • menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
    • mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
    • mengelakkan pembentukan batu hempedu
    • membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
    • antioksidan
    • membekalkan vitamin E
Itulah 6 makanan yang sepatutnya mesti berada dalam rumah kita. Cubalah dan insyaAllah khasiatnya akan dinikmati. Sy telah memastikan ke enam enam makanan ini berada dalam stok harian sy. InsyaAllah..

Amalkan diet yang diberkati ini di samping sibuk mengira kalori.

Jangan lupa, amalan puasa sunat. Amalan terbaik untuk kesihatan perut kita. InsyaAllah. Boleh download jadual puasa sunat yang telah disediakan oleh hamba Allah. InsyaAllah manfaat untuk kita rujuk. Klik sini.

Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang berfikir. InsyaAllah.

Sunday, February 19, 2012

Ceita saya versi bosan: passion and determination

Penulisan ini tidak membawa apa apa kesan dalam kehidupan. Sekadar titipan diruangan tatkala bosan.

Ku melihat diri ini. Hamba Allah yang kerdil. Merenung kedaifan diri.
Kelalaian yang membiarkan detik waktu berputar tanpa ada pengisian indah. Kosong.
Impian dan harapan yang dibina dibiarkan sepi. Tanpa usaha.
Mengabaikan apa yang pernah diminta. Demi agama, bangsa, dan negara. Namun apa usahanya...

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.
Ditenung dalam dalam ayat ini. Satu ketika dahulu, jiwa penuh semangat dan berkobar kobar. Mengejar 'sesuatu' dalam ilmu. Namun kini, seperti hambar. Aku seperti dulu. Tiada apa apa yang berubah. Tiada apa apa..
Sesekali terbit perasaan menyalahkan sistem pendidikan yang tidak memberi peluang kepada semua golongan untuk menyambung pelajaran. Mungkin banyak institusi swasta, tapi kewangannya bagaimana? Itu juga kekangan bukan?
Borang demi borang. Kemasukan semester demi semester berlalu. Masih hampa. Tiada apa apa.
Sampai satu ketika. Perlukah berhenti berusaha?
Tidak..tidak..itu bukan caranya. Ingat selagi ada usaha pasti ada jalannya. InsyaAllah..mungkin masa dan rezeki itu bukan milik yang hak. Pasti ada nanti. Usaha dan usaha lagi...
Dont STOP at the TOP. Touch the SKY before you DROP!..


Kekadang aku kelihatan seperti hilang punca. Tidak tahu apa yang harus dilakukan walau perancangan dan idea mencurah. Tapi tiada tindakan. Memanglah tidak akan ada hasilnya bila kita memikirkan terlalu banyak kekangan untuk sesuatu jalan. Jadi, tukarkan kepada mindset yes I will. 


Kekadang terbit juga perasaan cemburu melihat mereka yang padat dengan jadual harian. Dulu pernah jua aku rasakan sehingga tidak terkejar kepadatan masa. Tapi ketika itu, mungkin belum matang dan berpengalaman untuk mengatur jadual kehidupan. Jadi, jika diberikan kesempatan sekali lagi, aku akan berubah dan cuba yang tebaik. Peluang tidak datang berkali kali, hargailah setiap peluang yang muncul. InsyaAllah..

Doakan kejayaan dan kecemerlangan semua. InsyaAllah..


Friday, February 17, 2012

DIET: Mari kira kalori

Arrggghhhh kejap naik kejap turun. Semalam naik hari turun, Esok naik balik! Stresssss..................!!!!!!!

Rileks..rileks..jangan stress dulu. Sy faham tahap stress anda. Sudah hampir 20tahun sy mengalaminya. Setiap tahun azam di bawa ke depan. Tidak pernah berjaya. Sehingga hari ini! Namun sy mencabar diri sy sendiri pada usia mencecah angka 3, tahap kesihatan di khuatiri akan merosot. Dengan tahap berat badan berlebihan sudah pasti akan diancam dengan perlbagai masalah kesihatankan? Biarlah kalau ada yang mengatakan..alah kalau nak sakit, sakit juga. Memang kalau telah ditakdirkan sakit, akan sakit juga. Tapi bukankah tubuh badan itu anugerah Allah yang sepatutnya kita jaga sebaik mungkin? Sy telah abaikannya selama bertahun tahun dan sy benar benar insaf kali ini. Maafkan hambaMu ini Ya Allah kerana mengabaikan kesihatan diri selama ini.

Pelbagai kaedah diet pernah sy cuba. Cuma, sy agak berhati hati dalam pemilihan produk. Takut sebab perut tidak berapa sihat. Seorang teman baik (Dr Syikin) pernah beritahu satu ketika dahulu, 'ko kena kira kalori kalau nk turun berat secara sihat' . Tapi pada sy, kira kalori itu renyah (leceh). Malaslah!

Syikin berjaya turun berat selama setahun dan berat dia tidak pernah naik sehingga sekarang (dah 10 tahun). Kaedah dia mudah, 'aku tak boleh tak makan nasi, tapi aku kawal kalori intake aku'. Dan sy masih montel begini.

Hari ini (sejak minggu lepas) sy mula study dengan lebih mendalam apa kalori sebenarnya. Semakin dibaca, semakin menarik dan tertarik. Lalu sy tekad untuk menggabungkan aktiviti dan diet yang sihat dengan menitik beratkan pengambilan kalori. Sy tidak akan percaya kepada diet yang ada pantang makan sebab sy memang tidak boleh berpantang. Tapi sy boleh mengawal pengambilannya. InsyaAllah...

Jom kita ambil tahu tentang kalori.

Kalori ialah unit tenaga. Nilai kalori dalam makanan wujud kerana terdapat 3 unsur macronutrient iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
Maklumat ni penting:
1g karbohidrat = 4kcal
1g protein        = 4kcal
1g lemak         = 9kcal
erkkk..lemak!  lebih 2x ganda

Selepas ambil tahu apa itu kalori, kita kena faham fungsi dan peranan kalori dalam tubuh kita. Kena tahu apa itu Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calorie Requirement (DCR).

BMR adalah kalori asas yang diperlukan oleh tubuh untuk teruskan hidup manakala DCR ialah had kalori harian yang perlu menurut faktor faktor seperti berat, tinggi, umur, dan aktiviti.

Cara mengiran BMR dan DCR adalah seperti berikut:

BMR lelaki   = 66 + (13.7 x berat dlm kg) + (5 x tinggi dlm cm) - (6.8 x umur)
BMR wanita = 655 + (9.6 x berat dlm kg) + (1.8 x tinggi dlm cm) - (4.7 x umur)

Bagi dapat jumlah DCR = BMR x aktiviti

aktiviti boleh dibahagikan kepada:
1) exercise ringan atau tiada exercise = BMR x 1.2
2) sport 1-3hari/seminggu                 = BMR x 1.375
3) sport 3-5hari/seminggu                 = BMR x 1.55
4) sport 6-7 hari/seminggu                = BMR x 1.725
5) sport 2x sehari                             = BMR x 1.9

Setakat itu maklumat maklumat penting yang perlu dicernakan.

Apa yang perlu diketahui, setelah faham BMR dan DCR maka hendaklah mengatur stategi penurunan atau kalau nak tambah berat. Jika hendak turunkan berat, tolakkan 500 daripada jumlah DCR (itulah jumlah kalori yang perlu diambil dalam sehari). Kalau nak tambah berat, tambahkan 500 daripada jumlah DCR.

Sebagai contoh, boleh lihat jadual perancangan sy :)
maaf kualiti gambar kurang memuaskan.
Setelah saya ketahui jumlah DCR-500 yang perlu sy ambil setiap hari maka mudahlah untuk sy merancang apa yang perlu saya makan dalam sehari. Kita boleh makan apa sahaja yang penting kawal pengambilan jumlah kalori jika ingin mencapai target kita.

Owh ya, ada lagi 2 maklumat penting dalam memastikan kita meletakkan target yang betul.

1) BMI
    Sy pernah bercerita tentang BMI sebelum ini. Cuba klik kat sini.

2) Jangka masa target berat yang dikendaki. 
    Ini maklumat baru yang saya sndiri baru tahu. Padanlah selama ini semangat selalu terbengkalai di tengah
    jalan, rupanya jangkamasa targt tidak bersesuaian.

    Cara untuk mengira dengan menggunakan formula ini:
    masa capai, n days = (jumlah berat yg ingin diturunkan) x (7700/500)+1

Jika dilihat dalam jadual sy,untuk mencapai berat 60kg mengambil masa 124.2 hari. Barulah sy berjaya mendapat berat badan ideal yang maksimum. InsyaAllah September 2012 baru sy akan mencapai berat yang diimpi selama ini iaitu 55kg dengan BMI 22.6. Tempoh masa yang diperlukan untuk bersabar adalah 201.2 hari. InsyaAllah semoga sy mampu. Jom sama sama kita lakukan.Mereka telah berjaya, saya dan anda juga boleh lakukan.InsyaAllah. Apa yang penting ?....USAHA dan KEYAKINAN.

Ketika sy mencari bahan bahan bacaan berkaitan dengan isu DIET ini, laman sesawang Mr SS sangatlah membantu. Bahkan banyak input sy ambil dari laman beliu. Anda bolehlah layari laman web sususejat.com untuk menapatkan input maklumat yang sungguh banyak. 

*Hari ini ada seorang teman yang menegur sy nampak kecil sedikit. Hehe...suke suke (macam nk joget pisang tp kontrol dan beritahu sy akan kongsikan dalam blog ni)
*Sy sangat perlukan sokongan dari anda semua :)

Mereka boleh...saya boleh..dan anda pasti boleh.. tetapkan dalam hati I will do it!




Tuesday, February 14, 2012

What to do - Weight Loss Pleateu

Apa yang perlu dilakukan jika berat badan tidak lagi mahu menganjak bila kita berdiri atas penimbang? Mesti frust kan. Usaha untuk menurunkan berat seakan akan tamat bila berat tidak lagi turun. 

Tolong jangan patah semangat (pesanan untuk diri sendiri juga). Ini adalah perkara biasa dalam proses menurunkan berat badan. Apa yang perlu dilakukan ialah cuba fahami apa itu 'berat badan pleateu' dan bagaimana ia berlaku.

Mungkin info di bawah dapat membanu.



1. Hang in there.
You may feel stuck, but you're probably still losing weight—just not enough to register on the scale. But even dropping a third of a pound per week means that in a year, you'll be down a whole 17 pounds.

2. Avoid fuzzy math.
It's common to overestimate calories burned and underestimate calories eaten. Look for places where calories may hide—dressings, spreads, sauces, croutons, and condiments. Are you tasting a lot while cooking? Finishing what the kids leave on their plates? Absentmindedly grabbing handfuls of nuts, chips, or candy? You might try keeping a detailed food diary. Remember that for each pound you want to lose, you need to cut at least 3,500 calories—and if you don't want to eat less, to lose the same pound you'll have to add about ten extra hours of brisk walking or the equivalent.

3. Put up some resistance.
Increasing physical activity is particularly useful for moving beyond a plateau because exercise both uses calories and builds muscle. The more muscle you have, the higher your BMR, which is why working out with light weights or doing some kind of resistance training can be especially helpful. In fact, increasing your muscle mass as you lose body fat can compensate for the decline in BMR induced by weight loss.

4. Up your protein quotient.
There is some evidence that shifting fat and carbohydrate calories to protein calories may help preserve BMR during weight loss. But don't overdo it—20 percent of daily calories from protein is as high as you should go.

5. Shake it up.
Many fitness gurus claim that surprising your body with a change in diet, workout, or both can jostle you out of a weight loss rut. The science is pretty thin here, but the advice is reasonable because variety can keep you interested. Instead of constant dieting, you might try alternating calorie-cutting days, for example, with less-restrictive maintenance days. Switch to a new type of exercise. Alternate aerobic workouts with light weight training. A change may be just what you need to get the progress rolling again.

6. Recharge your drive:
If your motivation is flagging, write down all the reasons you originally wanted, and still want, to lose weight. Look at the list every day. Also let friends and family know what you're up to, and ask for their support.

7. Reconsider the skin you're in:
A plateau is an opportunity to reassess whether further weight loss is worth all the work it will take—and to reconsider whether you may, in truth, now be at a perfectly healthy weight and don't need to go any lower. If you do choose to stop where you are, turn your focus toward maintaining what you've achieved and keeping your body in good shape. Remember, eating well and being physically active are good for you. Do a little of both every day, and you will be a total success.

Boleh juga terus ke link di bawah yang menjelaskan tentang fenomena 'pleateau'.


atau 


Berat saya baru masuk proses ini. Agak frust jugakla. Tapi tak pe, saya sedang menukar pola pemakanan dan exercise. Semoga berjaya!

*Jika sebelum ini, sy mengamalkan minum segelas air suam dengan 2 sudu madu setiap pagi, mulai hari ini akan ditambah dengan perahan lemon. Lebih sedap dan tujuannya adalah untuk  detox. Jumlah pengambilan air juga perlu ditambah lagi 1 liter. 

Di pejabat, teh hijau akan sentiasa berada atas meja. (teh hijau mampu meningkatkan metabolisme)

Lepas exercise, sy akan ambil buah tin yang telah direndam dalam secawan air (khasiat serat yang sangat tinggi). Nanti akan dibincangkan lebih lanjut tentang khasiat buah ini. InsyaAllah.

Jom pergi jogging petang ni. Target sy hari ni 4 round, selepas sakit-sakit otot main tenis ahad lepas.

Sunday, February 12, 2012

Hari Minggu : Tenis

Jam 7am sy dah bergegas ke Kelab komuniti Cyberjaya. Hari ni Ahad, hari untuk bermain tenis. Keindahan mentari pagi sangatlah mendamaikan. Yelah syuruk pun lewat, 7.30 sudah tentu 7am masih lagi gelapkan. Dah lama tak hirup udara segar di pagi hari. Damainya...

Permainan tenis hari ni seperti warm up buat sy. Dah lama tak main. Pukul bola macam main badminton jek.hahaaha. Tapi berpeluh peluh memang best. Pukul bola sama banyak dengan kutip bola dan kejar bola. 

Kepada sesiapa yg berminat nak bermain tenis di Kelab Komuniti Cyberjaya boleh booking terlebih dahulu. Harga court RM8/jam.

tgk kt atas. macam best je nak try.tp takutlh..
 Zon tiada graviti (lupa rotate gambar).
model bola tenis

koleksi raket tenis dan bola yg sgt banyak
 Setelah kepenatan (penatlah sangat), kami perlu mengisi minyak untuk hari ini..
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....capati tampal di Hassan Cafe, Cyberjaya. Sedap tau. kalori lebih rendah. Sy sedang berpuasa susu manis, jadi teh o halia pelengkap rasa. terbaiklah.
dah makan separuh baru amek gambar

Fokus mencapai berat badan ideal :BMI

Dalam entri sebelum ini, saya telah meletakkan jadual harian yang padat setiap petang. Namun ada sedikit perubahan kerana ketidaksuaian dalam jadual. Jadual baru yang telah diperbaharui:
Isnin   - Puasa
Selasa - Jogging / Swimming
Rabu   - Rehat / Kelas Tafsir
Khamis- Puasa
Jumaat - Jogging / Swimming
Sabtu   - Rehat
Ahad   - Tenis / Berbasikal / Aerobik

Melalui penggabungan dalam diet yang sihat dan aktiviti fizikal, Alhamdulillah saya berjaya turunkan 4kg :)
Namun, baru baru ni saya ke klinik (menemani ayah kerana sesak nafas) dan ternampak satu ruangan individu untuk mengira BMI (Body Mass Index). Rasanya semua orang sudah tahu macam mana nak kira BMI (Berat dalam kg / tinggi ^ 2 dalam meter). Terdapat 4 klasifikasi iaitu:
<18          - kurang berat badan
18.5-24.5 - normal
25-29.9    - berlebihan berat badan
> 30         - obes

Merujuk rajah di atas, mungkin akan buat kita stress kerana bukan mudah nak turun dari kuning ke hijau. Jadi, carta yang dilihat di klinik kesihatan baru baru ni sangatlah membantu kerana kategori berlebihan berat badan dihagikan kepada 3 iaitu:
<18          - kurang berat badan
18.5-22.5 - normal
23-24.5    - pra obes
25-27.5    - obes I
28-29.9    - obes II
> 30         - terlalu obes


Saya rasa, kategori ini lebih mudah untuk dicapai kerana jumlah penurunan yang sedikit dalam mengeluarkan kita dari kategori kategori yang menakutkan tersebut.
Sebagai contoh:
Jika sekarang berat saya berada dalam kategori obes II, saya perlu berusaha dan tekad untuk turunkan kepada kategori obes I (perlu kurangkan 5kg) berbanding carta 4 kategori di mana perlu turun sehingga 10kg untuk berada dalam kategori berat badan normal.

Walaupun ianya sebenarnya sama (perlu turun 10kg untuk mendapatkan berat ideal dan normal) namun semangat yang berkobar untuk mencapai target tersebut mungkin akan tersadai di tepi jalan kerana jumlah penurunan yang terlalu banyk tidak memberikan impak kepada semangat.   Jadi, target dan matlamat dapat dilakukan secara berperingkat dan tidak terlalu tertekan.

Oleh itu, kategori BMI yang baru ini, akan membuatkan semangat sentiasa berkobar kobar mencapai satu tahap kepada tahap yang lebih rendah. InsyaAllah..

Kepada sesiapa yang berada dalam kelompok selain dari normal, marilah kita berusaha dan bersama sama untuk mencapai berat badan ideal. Apa yang perlu dilakukan ialah:

1) Tetapkan Matlamat untuk mencapai kategori BMI tertentu (1 paras lebih rendah)
2) Fokus kepada menurunkan berat dalam jangkamasa tertentu (jangan lama sangat nanti
     terkandas. 2-3 bulan adalah yang terbaik)

3) Mencari sumber kekuatan dalaman untuk menurunkan berat (tidak kiralah apa jua bentuk
    semangat dalaman)



Tidak kiralah walau perbagai tip dan petua dikongsi, apa yang penting adalah kekuatan mental untuk menjalani proses penurunan berat badan.
Semoga proses tersebut adalah proses yang sihat.



Jom sama sama kita lakukan. 
Tetapkan matlamat sekarang!
Matlamat saya ialah mendapat berat badan ideal menjelang akhir Mac 2012. InyaAllah..chaiyok



Saturday, February 11, 2012

NetworkedBlog

not sure how its work.
testing page

New template again!

again. i've change my template.
just try and error. it seem quite complicated but i like jeans. :)

Tuesday, February 7, 2012

Istimewanya wanita untuk dipelihara :)



“ Dan katakanlah ( wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman : hendaklah mereka menahan( sebahagian) daripada pandangan mereka ( daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka , dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka , kecuali yang ( biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka , dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka , atau wanita-wanita Islam , atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan . Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan . Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai oang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan , kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki .” (surah An-Nur ayat 31)